LATEST NEWS

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim & Asnaf Selangor

Bagi menyerikan bulan Ramadan yang diraikan dengan penuh kesyukuran dan penghayatan ini, Plaza Shah Alam sekali lagi menyemarakkan bulan mulia ini dengan mengangkat tema Keagungan Ramadan, Keindahan Syawal pada tahun ini.#MajesticRaya dipilih sebagai tema keseluruhan yang merangkumi warna, ruang dekor dan inspirasi syawal tahun ini bagi menzahirkan tema Keagungan Ramadan, Keindahan Syawal yang dipilih sekali gus menyerapkan erti sebenar kepada pengunjung yang hadir.Pelbagai aktiviti disusun bagi menarik minat pengunjung yang hadir tahun ini. Selain rangkaian booth baju raya dan kuih raya yang pelbagai kami turut mengisi kalender Ramadan Plaza Shah Alam dengan aktiviti kebajikan bersama anak-anak yatim dan asnaf Selangor.Majlis berbuka puasa diadakan bersama hampir 40 anak-anak yatim & asnaf bersama kehadiran tetamu kehormat dan artis yang menghiburkan iaitu Azharina dan Mark Adam. Pemenang serta finalis Pencarian Wanita Melayu turut bersama meraikan majlis ini.

"Keagungan Ramadhan Keindahan Syawal" - Plaza Shah Alam

Bulan mulia, Ramadhan kembali mengisi kalender tahunan kita. Bersempena dengan bulan yang cukup istimewa ini, Plaza Shah Alam mengangkat tema Keagungan Ramadhan Keindahan Syawal sebagai tanda penghormatan. Pelbagai aktiviti telah disusun untuk semua warga Shah Alam khususnya untuk sama-sama meraikan bulan puasa tahun ini. Antara yang istimewa tahun ini adalah aktiviti berbuka puasa bersama anak-anak yatim yang bakal berlangsung pada 10 Jun nanti yang akan turut diserikan artis jemputan seperti Azharina dan Mark Adam. Senarai aktiviti penuh seperti di bawah.3 Jun (Sabtu)Pertandingan Mewarna Majestic Raya / 2.30 petangPertunjukan fesyen Majestic Raya / 4.30 petangPersembahan oleh Haqiem Rusli / 8.30 malam 4 Jun (Ahad)Pertandingan Suara Merdu Raya / 2.30 petangPemberian Bubur Lambuk / 5.00 petangPersembahan oleh Ismail Izzani / 8.30 malam 10 Jun (Sabtu)Kraf Majestic Raya / 2.30 petangPertunjukan fesyen Majestic Raya / 4.30 petangMajlis Berbuka Puasa bersama Anak-Anak Yatim / 7.00 malamPersembahan oleh Azharina & Mark Adam / 8.30 malam 11 Jun (Ahad)Pertandingan Suara Merdu Raya / 2.30 petangPertunjukan fesyen Majestic Raya / 3.00 petangPemberian Bubur Lambuk / 5.00 petangPersembahan Tajul & Wany Hasrita / 8.30 malam 17 Jun (Sabtu)Pertunjukan fesyen Majestic Raya oleh Butik Najmar / 2.30 petangPencarian Arjuna Majestic / 4.00 petangPersembahan artis oleh Ernie Zakri / 8.30 malam 18 Jun (Ahad)Pertandingan akhir Suara Merdu Raya / 2.30 petangPertunjukan fesyen Majestic Raya / 4.30 petangPemberian Bubur Lambuk / 5.00 petangPersembahan oleh Ronnie Hussein & Sarah Fazny / 8.30 malam  

Koleksi Kurta Kanak-Kanak Cirgaro

Sering kali Baju Raya untuk kanak-kanak sukar untuk dicari. Terutamanya yang sedondon dengan baju ayah dan ibu. Masalah itu boleh diatasi jika persiapan untuk ramadhan dibuat dengan awal jika kita telah membeli kain dan menempah dengan tukang jahit favaourite anda. Tetapi ramai yang menolak untuk berbuat demikian disebabkan tukang jahit yang bagus sukar untuk dicari dan upahnya semakin mahal.Kini pasaran fesyen tempatan semakin matang dengan memenuhi permintaan ini dengan menawarkan Baju Raya anak yang sedondon dengan kedua ibu dan bapa mereka.Trend sedondon ini bermula dengan couple set (suami dan isteri) kini mula merebak dengan jenama fesyen tempatan seperti Cirgaro Apparel menawarkan family set.Kenapa trend sedondon (family set) ini semakin mendapat tempat dikalangan masyarakat melayu? berikut merupakan kupasan yang kami dapat fikirkan :READY STOCK, tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan famiily set yang sedondon.HARGA jauh lebih murah daripada kita menempah busana tersebuit dengan tukang jahit anda.SAIZ, yang ditawarkan oleh Cirgaro Apparel adalah lengkap – Koleksi Raya 2017 bermula saiz kanak2 (saiz 4 – 10) manakala saiz dewasa adalah (XS – 3XL).KUALITI busana ready made sekarang sangat baik. Dimana istilah “jahitan butik” sudah hampir tidak wujud lagi.FESYEN terkini, ready made – ready to wear , lebih mengikut trend berbanding bajju tempahan.LAMBANG kesatuan – jika kita memakai Baju Raya yang sedondon satu family , imej family tersebut melambangkan sehati dan sejiwa satu keluarga.Kali ini Cirgaro Apparel melancarkan koleksi Kurta Kanak-Kanak dan Jubah Kanak-kanak setelah permintaan yang tidak putus-putus dari pelanggan Cirgaro yang mahukan Kurta dan Jubah Kanak-kanak turut ada didalam koleksi Raya 2017.*Artikel diambil dari https://cirgaro.com/blogs/news/kurta-kanak-kanak-2017-baju-raya-kanak-kanak-2017 

MCVOGUE KINI DI PLAZA SHAH ALAM

Butik modest yang asalnya bergerak secara online, MCvogue kini sudah mula dibuka di Plaza Shah Alam. Berlokasi di tingkat 1, pelbagai pilihan blouse, kain, set baju kurung moden dan lain-lain hadir dengan rekaan menarik penuh warna.MCvogue mencuri perhatian penggemar fesyen modest tempatan sekitar 2016 yang menjadi tahun penting kebangkitan jenama ini. Kunci rekaan jenama ini masih berteras pada elemen pakaian sopan tetapi bercirikan rekaan moden, segar dan terkini. Butik MCvogue menawarkan pilihan pakaian pada harga mampu milik dengan falsafah rekaan satu saiz. Dengan kualiti setiap rekaan yang ditawarkan, MCvogue ternyata pilihan tepat untuk anda yang gemarkan gaya pada harga berpatutan. Kunjungi MCvogue di tingkat 1 Plaza Shah Alam hari ini.

Acara Final Pencarian Wanita Melayu 2017

Berlangsung cukup meriah di ruang legar Plaza Shah Alam, Pencarian Wanita Melayu 2017 mengangkat gadis berusia 20 tahun, Nurul Ain Nasiron yang berasal dari Kedah sebagai ikon PWM 2017. Ain menewaskan 9 lagi peserta akhir dengan personaliti yang mempersona bersama keyakinan diri yang tinggi. Acara final tahun ini diadili Puan Azura Mokhtar (Pengurus Kanan Plaza Shah Alam), Dynas Mokhtar (Selebriti), Amir Kadir (Pereka Fesyen) dan Puan Aida Zulkifli (Pereka Dalaman Kraftangan Malaysia).Pencarian Wanita Melayu 2017 bermula awal tahun ini dengan hampir 1000 penyertaan online yang dibuka di laman Facebook Plaza Shah Alam. Kesemua penyertaan yang diterima disaring terlebih dahulu mengikut kriteria yang ditetapkan lebih awal. Dua lokasi utama uji bakat iaitu di Plaza Shah Alam dan Kompleks Kraf Kuala Lumpur dipilih sebagai lokasi rasmi. Bagi pusing separuh akhir hanya 30 yang terbaik dipilih dan daripada itu hanya 10 yang terbaik dipilih untuk ke acara final.Bagi tahun keempat penganjuran PWM 2017, 10 peserta yang dipilih ialah Fatimah Hassan, Fatin Nuraina, Nor Natasha Suhaira, Norafiza Jami, Nurshahida Jamidon, Nurul Ain Nasiron, Nurul Fattwa, Nurul Syafiqahtul, Syazalia Roslan dan Zahida Zubaidi. Terima kasih kami daripada pihak Plaza Shah Alam buat semua penaja utama dan penaja bersama yang menjayakan Pencarian Wanita Melayu 2017 tahun ini - Habib Jewels dan Ice-Watch Malaysia sebagai penaja utama. TEG Travel Vacation, Kraftangan Malaysia, Karyaneka, NR Cosmetic, Pretty Portion by Misywanie dan koordinator rasmi Yann Rifft yang bertanggungjawab melaksanakan program Pencarian Wanita Melayu 2017.Pemenang pertama Nurul Ain Nasiron membawa wang tunai RM3000 manakala Nurul Fattwa yang mendapat tempat kedua membawa pulang wang tunai RM2000 dan tempat ketiga Fatimah Hassan membawa wang tunai bernilai RM1000. Ketiga-tiga pemenang turut membawa pulang barang kemas Habib Jewels, jam tangan Ice-Watch dan pakej percutian oleh TEG Travel Vacation berserta hadiah sampingan yang lain daripada penaja berbeza.Berikut senarai pemenang Pencarian Wanita Melayu 2017.Tempat Pertama  Nurul Ain NasironTempat Kedua Nurul Fattwa Mohd NasaruddinTempat Ketiga Fatimah Mohd HassanMiss Personality Nurul Syafiqahtul MusaMiss Photogenic  Nor Natasha SuhairaMiss Most LIKES Zahida Zubaidi    

#PWM2017 - Lawatan Ke Kompleks Kraf Malaysia & Ice-Watch

Aktiviti bagi finalis Pencarian Wanita Melayu 2017 bermula cukup padat seawal minggu ini. Pada 3 Mei (Rabu) kesemua peserta berkumpul di Kompleks Kraf Kuala Lumpur bagi melakukan beberapa aktiviti yang sudah dirancang awal. Di sini, kesemua peserta diuji kebolehan memasak menu yang sinonim dengan orang Melayu seperti Sambal Belacan dan Sambal Kelapa. Peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan berbeza dan di sini setiap satu daripada mereka akan diuji secara individual. Juri-juri yang diwakili wakil Kraftangan Malaysia melakukan penilaian bagi setiap peserta dari segi komitmen, personaliti dan rasa makanan yang dihidangkan.Tiga peserta paling menyerlah iaitu Syazalia Roslan, Nurul Ain Nasiron dan Norafiza Mohd Jami menjadi peserta dengan markah tertinggi bagi tugasan pertama ini. Aktiviti berterusan dengan jamuan makan tengah hari yang disediakan pihak Kompleks Kraf Kuala Lumpur.Sesi fitting bagi pakaian yang akan diperagakan pada acara final yang akan berlangsung Sabtu ini diteruskan selepas sesi jamuan tengah hari. Setiap peserta diberi busana berbeza yang direka oleh pereka berasal dari England - Zandra Rhodes sepenuhnya dengan rekaan berbeza dan diberikan kepada peserta mengikut kesesuaian. Aktiviti hari kedua diteruskan pada 4 Mei (Khamis) dengan lawatan rasmi ke ibu pejabat Ice-Watch Malaysia yang berlokasi di Ampang Point. Peserta dibawa mengenal lebih dekat dengan jenama jam yang cukup terkenal ini. Buat pengetahuan umum kesemua peserta akan menggayakan jam tangan Ice-Watch bagi salah satu sesi peragaan acara final dengan persalinan busana daripada jenama Parca.  

Finalis Pencarian Wanita Melayu 2017 Plaza Shah Alam

Berlangsung cukup meriah Sabtu lalu, 29 April 2017 di ruang legar Plaza Shah Alam - Pencarian Wanita Melayu 2017 menyaksikan 30 peserta semi final beradu nasib di pentas PWM 2017 dengan kebolehan komunikasi, penampilan serta persona sebagai wanita Melayu. Diadili oleh 4 juri profesional iaitu Puan Ashira (Ikon Wanita Melayu 2014), Puan Azura Mokhtar (Pengurus Kanan Plaza Shah Alam), Puan Aida Zulkaffli (Pereka Unit Fesyen Kraftangan Malaysia) dan Amir Kadir (Pereka Fesyen)Berikut 10 peserta yang berjaya ke peringkat akhir Pencarian Wanita Melayu 2017Fatimah Hassan (23)Fatin Nuraina (28)Nor Natasha Suhaira (23)Norafiza Jami (29)Nurshahida Hamidon (18)Nurul Ain Nasiron (20)Nurul Fattwa (28)Nurul Syafiqahtul (23)Syazalia Roslan (26)Zahida Zubaidi (24)Acara final Pencarian Wanita Melayu 2017 akan berlangsung di Plaza Shah Alam pada 6 Mei 2017 bermula jam 2 petang. Akan diacarakan sekali lagi oleh personaliti terkenal, Yasmin Hani. Anda dijemput beramai-ramai memeriahkan acara yang bakal mencipta sejarah ini.

Kehangatan “Pencarian Wanita Melayu 2017” Bermula!

Program pencarian Ikon Wanita Melayu yang dianjurkan Plaza Shah Alam kini masuk tahun keempat penganjurannya. Program yang diberi nama Pencarian Wanita Melayu bermula pada tahun 2014 dengan mengangkat beberapa nama Ashira Kaseh, Ayu Haris dan Hazwani Zaini sebagai pemenang utama.Tahun ini Pencarian Wanita Melayu kembali lagi dalam skala yang lebih besar dan pastinya meriah. Peserta-peserta yang menghantar borang secara online disaring terlebih awal dahulu dan hanya yang memiliki kriteria yang ditetapkan sahaja akan di panggil untuk sesi uji bakat.Hampir seribu penyertaan online telah diterima tahun ini sebelum disenarai pendek bagi dua sesi uji bakat yang berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur dan Plaza Shah Alam. Tiga juri utama iaitu Puan Azura Mokhtar (Pengurus Kanan Plaza Shah Alam), Puan Hana Elweena (Pemilik Cirgaro Apparel) dan juga wakil daripada Kompleks Kraf Kuala Lumpur.Penaja Utama #PWM2107Habib Jewels menjadi antara penaja utama acara #PWM2017 kali ini akan menaja seutas rantai emas dan loket bernilai RM5,000 sebagai hadiah utama, RM3,000 untuk pemenang kedua dan pemenang tempat ketiga pula bakal pulang dengan seutas rantai emas dan loket bernilai RM2,000.Selain Habib Jewels, rangkaian jam mewah pada harga mampu milik - Ice Watch turut akan memberikan hadiah utama kepada 3 pemenang. Tempat pertama bakal membawa pulang jan ICE Crystal dan ICE Chic bernilai RM2,128 manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing akan pulang dengan seutas jam tangan ICE Crystal bernilai RM1,529. Bagi finalis lain pula mereka tetap akan membawa pulang jam tangan ICE Madame bernilai RM699.Terima kasih kami juga buat TEG Vacations yang akan menaja pakej percutian ke Vietnam, Bali / Bandung dan Pulau Langkawi selama 3 hari 2 malam untuk dua orang. Kraftangan Malaysia pula akan menyediakan persalinan untuk 30 peserta separuh akhir dan 10 peserta untuk majlis final Pencarian Wanita Melayu 2017.Acara Pelancaran Rasmi #PWM2017Berlangsung cukup meriah di Plaza Shah Alam dengan kehadiran pihak media, wakil penaja dan tetamu VIP - Majlis pelancaran rasmi Pencarian Wanita Melayu 2017 turut dihadiri pengacara terkenal Yasmin Hani yang akan menjadi pengacara rasmi PWM 2017 kali ini bagi peringkat separuh akhir dan akhir.Uji bakat pertama diadakan pada tarikh 9 April di Kompleks Kraf Kuala Lumpur dan diikuti Plaza Shah Alam pada 16 April. Peringkat separuh akhir akan diadakan pada 29 April 2017 diikuti peringkat akhir pada 6 Mei 2017 yang bakal berlangsung di Plaza Shah Alam.

Jom Subway, Plaza Shah Alam Level GF! RM8.50

Ngam! Tengah-tengah bulan ni, nak makan sedap n murah kan. Jom Subway, Plaza Shah Alam Level GF! RM8.50 je...#subway #lunch #plazashahalam