LATEST NEWS

Promo Menarik Ogos di Plaza Shah Alam

Seperti biasa setiap bulan kami di Plaza Shah Alam sentiasa mahu memberikan anda promosi-promosi menarik daripada semua tenant kami yang ada! Dan apa yang menarik ada beberapa jenama gaya hidup terkini yang akan menambah keceriaan Plaza Shah Alam pada bulan ini.LOVELILLY KL Memperkenalkan beg tangan terbaru ASHLEY Exclusive bagi wanita moden yang mahu sentiasa tampil penuh gaya sepanjang masa. ASHLEY Exclusive tampil dengan padanan rona pop seperti Red, Dusty Purple dan Sunshine Yellow. Dijual dengan harga promosi RM230. Lovelilly KL berlokasi di aras 1 Plaza Shah Alam.MBG FRUITSPromosi istimewa buah blueberry pada harga RM6.90 daripada MBG Fruit Shop. Dapatkan khasiat buah sebenar pada harga cukup rendah hanya di MBG Plaza Shah Alam yang terletak di aras bawah. Promosi sah bermula 1 Ogos sehingga 6 Ogos 2017.STARBUCKS COFFEEMeneruskan keterujaan penggemarnya, Starbuck Malaysia memperkenalkan dua perisa baru masa terhad iaitu Granola Dark Mocha Frappuccino dan Acai Mixed Berry Yogurt Frappuccino. Beli pada saiz Venti dan anda boleh dapatkan Starbucks Fashion Sleeve pada harga serendah RM15. Untuk info lanjut terus ke Starbucks Plaza Shah Alam di ground floor.ICE-WATCHIce-Watch memperkenalkan edisi terhad ICE Merdeka. Anda berpeluang memenangi jam tangan istimewa ini dengan pergi terus ke butik Ice-Watch dan ambil gambar dengan jam edisi terhad ini. 3 pemenang bertuah akan membawa pulang jam tangan istimewa ICE Merdeka sementara 7 pemenang lain akan diberi baucar tunai bernilai RM200!WATSONSPromosi bersempena bulan merdeka! Watsons Malaysia memperkenalkan promosi #SatuNation yang menampilkan promosi beli satu percuma satu dan potongan harga untuk barangan lainnya. Apa lagi jangan buang masa, jom ke Watsons Plaza Shah Alam di aras 1.MINISOTarikan terkini Plaza Shah Alam! Miniso jenama barangan pelbagai dari Jepun ini mula bertapak di Malaysia sekitar awal tahun ini akan menambah warna di Plaza Shah Alam. Jangan lupa untuk beramai-ramai ke Miniso yang akan dibuka pada hujung Ogos ini.

Sekitar Acara Rockstar Run - The Running Diva Malaysia di Plaza Shah Alam

Berlangsung cukup meriah Ahad lalu dengan kehadiran peserta yang berdaftar melebihi 3000 penyertaan kesemuanya, The Running Diva Malaysia dengan kerjasama Plaza Shah Alam sebagai lokasi rasmi berjaya mencipta sejarah tersendiri dalam menganjurkan acara fun run yang cukup meriah ini.Bermula seawal jam 6 pagi perkarangan Plaza Shah Alam sudah dipenuhi dengan peserta yang rata-ratanya bergaya cukup unik dan menarik untuk kerjasama kali pertama Plaza Shah Alam bersama pihak pengurusan The Running Diva Malaysia.Dua kategori utama disediakan untuk kesemua peserta iaitu 10 KM dan 5 KM - melalui jalan utama sekitar seksyen 8 dan seksyen 9 Shah Alam. Namun apa yang lebih menarik, kemeriahan acara ini tidak berhenti di situ sahaja. Rangka aktiviti menarik diserikan dengan aktiviti Zumba, Karaoke dan magic show yang sudah dirancang lebih awal lagi.Daripada pihak Plaza Shah Alam kami ingin berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam melancarkan lagi acara ini dan kepada semua peserta yang terlibat semoga acara ini dapat dilangsungkan pada masa akan datang.

Promosi Menarik Bulan Julai di Plaza Shah Alam!

Pasca sambutan hari raya yang masih lagi berlangsung sehingga penghujung bulan ini, pelbagai promosi menarik dilakukan bagi meneruskan keterujaan semua pengunjung Plaza Shah Alam. Jom kita lihat senarai promosi hebat berlangsung sepanjang bulan ini.Krispy Kreme Bersempena ulang tahun ke-80 donut paling popular sedunia, Krispy Kreme menawarkan promosi hebat belian sedozen donut Glaze serendah 80 sen dengan setiap pembelian mana-mana sedozen donut yang lain. Promosi sah pada tarikh 14 Julai 2017 sahaja.Baskin RobbinsMeneruskan keterujaan dalam hidangan manisan ais krim, Baskin Robbins memperkenalkan  perisa baru Nutty Salted Caramel. Cuba sekarang di Baskin Robbins Plaza Shah Alam yang terletak di ground floor.Juice WorksEat more green be more clean! Juice Works datang dengan menu baru Green Dinosaurs! Bahan-bahan terpilih dalam jus ini adalah bayam, chia seed, laici, jus tropikal, asi krim vanilla dan sorbet. Agak-agak macam mana rasanya ya? Jom cuba! Juice Works terletak di ground floor Plaza Shah Alam.Ice-WatchJualan murah Ice-Watch berterusan bersempena musim panas ini. Kunjungi butik Ice-Watch di Plaza Shah Alam bagi melihat sendiri promosi hangat sehingga 70% yang pastinya membuat anda teruja untuk memilikinya!  Promosi berlangsung sehingga 31 Julai ini.WatsonsNikmati diskaun 10 peratus untuk setiap botol Arome by Watsons (losen atau gel mandian) pada harga serendah RM18.55 sehingga RM20.17 bagi setiap ahli Watsons. Kunjungi Watsons Plaza Shah Alam di tingkat 1.StarbucksBagi penggemar pisang dan frap! Starbucks Malaysia memperkenalkan satu lagi menu baru iaitu  Banana Mocha Split Frappuccino. Menambah keunikan menu baru ini, Frap ini ditambah dengan strawberry whip cream! Nak tau sedap ke tak, kenalah cuba sekarang! Lokasi, ground floor Plaza Shah Alam. 

Spot Kopi Terbaik Di Plaza Shah Alam

Ramai yang tak boleh start hari tanpa secangkir kopi kan? Kami di Plaza Shah Alam ada beberapa coffee station untuk anda singgah dan nikmati secangkir kopi seawal jam 10 pagi sehingga jam 10 malam setiap hari!StarbucksLokasi: Ground floorKrispy Kreme Lokasi: Ground floorPappaRichLokasi: Ground floorCafé BellagioLokasi: Ground floorChill ChillLokasi: Lower ground

5 Destinasi Berbuka Puasa di Plaza Shah Alam

Tinggal kurang 2 minggu lagi kita bakal menyambut hari raya. Biasalah bila dah hujung-hujung puasa ni, persoalan nak berbuka dekat mana tu pasti timbul kan! Buat warga Shah Alam yang bingung nak berbuka dekat mana tu, kami di Plaza Shah Alam ada 5 pilihan paling menarik menjelang hujung-hujung ramadan ni. Jom singgah sementara masih bulan puasa ni!Seri Keningau (Aras 1) Bagi yang sukakan makanan minang yang pedas-pedas, boleh singgah Seri Keningau yang berlokasi di aras 1, Plaza Shah Alam. Untuk bulan puasa tahun ni, Seri Keningau menawarkan pekej bufet dengan dua harga iaitu RM35 (Dewasa) dan RM17 (kanak-kanak)Antara menu menarik yang patut anda semua cuba adalah Kambing Golek, Ikan Patin Tempoyak, Steamboat, Ayam Golek, Yong Tau Fu dan pelbagai kuih-muih tradisi turut disediakan sebagai juadah berbuka puasa. Nyonya Kitchen (Aras 1)Citarasa authentic di Nyonya Kitchen sudah menjadi signatur Nyonya Kitchen. Menu-menu alakatnya memang sudah dikenali sejak dulu lagi. Dan apa yang menarik untuk bulan puasa ni, Nyonya Kitchen menawarkan 6 pakej berbeza sebagai santapan berbuka.Pakej bermula pada harga RM178 sehingga RM 646 dengan menu yang berbeza. Tapi kalau dah datang Nyonya Kitchen ni mesti kena try Asam Kepala Ikan selain Ayam Pandan, Rendang Ayam dan Sup Shark fin.Sahara Tent Restaurant (Aras 1)Bagi penggemar masakan dari Arab, jom singgah ke Sahara Tent. Bersempena bulan puasa ini restoran ini menawarkan pakej bufet pada harga RM59 (Dewasa) dan RM29 (Kanak-kanak). Boleh cuba menu seperti Kabsa Chicken dan Kabsa Lamb yang pastinya akan membuat anda nak datang makan lagi!Famous Thai (Aras 1)Nikmati hidangan makanan Thai istimewa di restoran Famous Thai. Ada pakej berbuka yang dengan harga bermula RM89.90++ sehingga RM639.90++ disediakan dengan menu berbeza. Tapi kalau dah makan dekat kedai Thai mesti kena try Tom Yam selain menu lain seperti Thai Sambal Squid, Chicken Dried Chili Cashewnut dan Daging Merah istimewa.The Chicken Rice Shop (Aras bawah)Bagi penggemar nasi ayam pula, boleh berbuka di The Chicken Rice Shop yang kali ini tampil istimewa dengan menu Ayam Rempah Aroma. Tawaran terhad ini hanya dibuka bersempena bulan puasa ini. Jadi, apa lagi jom try!

Kemeriahan "Keagungan Ramadan Keindahan Syawal" Plaza Shah Alam

Berlangsung cukup meriah dengan kehadiran pengunjung yang tidak putus, Plaza Shah Alam sentiasa mahu memberikan yang terbaik. Pelbagai aktiviti menarik disediakan bermula 24 Mei sehingga 24 Jun 2017 merangkumi jualan hebat baju raya, promosi mendapatkan hadiah istimewa dengan pembelian RM50 ke atas dan aktiviti menarik lainnya seperti Pertandingan Suara Merdu Raya, Pencarian Arjuna Majestic dan pertandingan mewarna.Setiap hujung minggu pula, pengunjung dihiburkan dengan persembahan artis-artis popular seperti Tajul, Haqiem Rusli, Wany Hasrita, Ismail Izzani, Ernie Zakri, Azharina, Mark Adam, Ronnie  Hussein dan Sarah Fazny. Persembahan meriah mereka turut disusuli dengan sesi meet and greet bersama peminat selain menyampaikan rangkaian lagu popular serta lagu-lagu menyambut perayaan Aidilfitri. Tidak melupakan yang kurang bernasib baik, satu acara majlis berbuka puasa diadakan bersama Anak-Anak Yatim & Asnaf Selangor diadakan pada 10 Jun lalu di bangunan Plaza Masalam. Pemberian duit raya dan baju raya kepada anak-anak kurang bernasib baik ini diadakan sebagai salah satu inisiatif untuk berkongsi keseronokan menyambut syawal tahun ini.Siri pertunjukan fesyen turut diadakan daripada jenama-jenama fesyen yang berada di Plaza Shah Alam seperti Bahari Asyekterlebih dulu memperkenalkan koleksi raya sebelum bermulanya puasa dan juga House of Blouse By Najmar yang dihadiri ramai pembeli setia jenama ini untuk mendpatkan pakaian menyambut perayaan Aidilfitri pada harga lebih rendah dan berpatutan.#MajesticRaya dipilih sebagai tema keseluruhan bagi menggambarkan tag line yang dipilih iaitu Keagungan Ramadan, Keindahan Syawal sebagai penghormatan pada dua bulan yang cukup istimewa dalam kalender Islam ini. Terima kasih kami ucapkan kepada semua pengunjung dan penyewa yang menjadi sebahagian daripada kemeriahan sambutan Ramadan dan Syawal tahun ini di Plaza Shah Alam. Kita jumpa lagi di tahun akan datang.Terus menyokong Plaza Shah Alam dengan mengikuti perkembangan mall ini di akau Facebook dan Instagram - @PlazaShahAlam 

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim & Asnaf Selangor

Bagi menyerikan bulan Ramadan yang diraikan dengan penuh kesyukuran dan penghayatan ini, Plaza Shah Alam sekali lagi menyemarakkan bulan mulia ini dengan mengangkat tema Keagungan Ramadan, Keindahan Syawal pada tahun ini.#MajesticRaya dipilih sebagai tema keseluruhan yang merangkumi warna, ruang dekor dan inspirasi syawal tahun ini bagi menzahirkan tema Keagungan Ramadan, Keindahan Syawal yang dipilih sekali gus menyerapkan erti sebenar kepada pengunjung yang hadir.Pelbagai aktiviti disusun bagi menarik minat pengunjung yang hadir tahun ini. Selain rangkaian booth baju raya dan kuih raya yang pelbagai kami turut mengisi kalender Ramadan Plaza Shah Alam dengan aktiviti kebajikan bersama anak-anak yatim dan asnaf Selangor.Majlis berbuka puasa diadakan bersama hampir 40 anak-anak yatim & asnaf bersama kehadiran tetamu kehormat dan artis yang menghiburkan iaitu Azharina dan Mark Adam. Pemenang serta finalis Pencarian Wanita Melayu turut bersama meraikan majlis ini.

"Keagungan Ramadhan Keindahan Syawal" - Plaza Shah Alam

Bulan mulia, Ramadhan kembali mengisi kalender tahunan kita. Bersempena dengan bulan yang cukup istimewa ini, Plaza Shah Alam mengangkat tema Keagungan Ramadhan Keindahan Syawal sebagai tanda penghormatan. Pelbagai aktiviti telah disusun untuk semua warga Shah Alam khususnya untuk sama-sama meraikan bulan puasa tahun ini. Antara yang istimewa tahun ini adalah aktiviti berbuka puasa bersama anak-anak yatim yang bakal berlangsung pada 10 Jun nanti yang akan turut diserikan artis jemputan seperti Azharina dan Mark Adam. Senarai aktiviti penuh seperti di bawah.3 Jun (Sabtu)Pertandingan Mewarna Majestic Raya / 2.30 petangPertunjukan fesyen Majestic Raya / 4.30 petangPersembahan oleh Haqiem Rusli / 8.30 malam 4 Jun (Ahad)Pertandingan Suara Merdu Raya / 2.30 petangPemberian Bubur Lambuk / 5.00 petangPersembahan oleh Ismail Izzani / 8.30 malam 10 Jun (Sabtu)Kraf Majestic Raya / 2.30 petangPertunjukan fesyen Majestic Raya / 4.30 petangMajlis Berbuka Puasa bersama Anak-Anak Yatim / 7.00 malamPersembahan oleh Azharina & Mark Adam / 8.30 malam 11 Jun (Ahad)Pertandingan Suara Merdu Raya / 2.30 petangPertunjukan fesyen Majestic Raya / 3.00 petangPemberian Bubur Lambuk / 5.00 petangPersembahan Tajul & Wany Hasrita / 8.30 malam 17 Jun (Sabtu)Pertunjukan fesyen Majestic Raya oleh Butik Najmar / 2.30 petangPencarian Arjuna Majestic / 4.00 petangPersembahan artis oleh Ernie Zakri / 8.30 malam 18 Jun (Ahad)Pertandingan akhir Suara Merdu Raya / 2.30 petangPertunjukan fesyen Majestic Raya / 4.30 petangPemberian Bubur Lambuk / 5.00 petangPersembahan oleh Ronnie Hussein & Sarah Fazny / 8.30 malam  

Koleksi Kurta Kanak-Kanak Cirgaro

Sering kali Baju Raya untuk kanak-kanak sukar untuk dicari. Terutamanya yang sedondon dengan baju ayah dan ibu. Masalah itu boleh diatasi jika persiapan untuk ramadhan dibuat dengan awal jika kita telah membeli kain dan menempah dengan tukang jahit favaourite anda. Tetapi ramai yang menolak untuk berbuat demikian disebabkan tukang jahit yang bagus sukar untuk dicari dan upahnya semakin mahal.Kini pasaran fesyen tempatan semakin matang dengan memenuhi permintaan ini dengan menawarkan Baju Raya anak yang sedondon dengan kedua ibu dan bapa mereka.Trend sedondon ini bermula dengan couple set (suami dan isteri) kini mula merebak dengan jenama fesyen tempatan seperti Cirgaro Apparel menawarkan family set.Kenapa trend sedondon (family set) ini semakin mendapat tempat dikalangan masyarakat melayu? berikut merupakan kupasan yang kami dapat fikirkan :READY STOCK, tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan famiily set yang sedondon.HARGA jauh lebih murah daripada kita menempah busana tersebuit dengan tukang jahit anda.SAIZ, yang ditawarkan oleh Cirgaro Apparel adalah lengkap – Koleksi Raya 2017 bermula saiz kanak2 (saiz 4 – 10) manakala saiz dewasa adalah (XS – 3XL).KUALITI busana ready made sekarang sangat baik. Dimana istilah “jahitan butik” sudah hampir tidak wujud lagi.FESYEN terkini, ready made – ready to wear , lebih mengikut trend berbanding bajju tempahan.LAMBANG kesatuan – jika kita memakai Baju Raya yang sedondon satu family , imej family tersebut melambangkan sehati dan sejiwa satu keluarga.Kali ini Cirgaro Apparel melancarkan koleksi Kurta Kanak-Kanak dan Jubah Kanak-kanak setelah permintaan yang tidak putus-putus dari pelanggan Cirgaro yang mahukan Kurta dan Jubah Kanak-kanak turut ada didalam koleksi Raya 2017.*Artikel diambil dari https://cirgaro.com/blogs/news/kurta-kanak-kanak-2017-baju-raya-kanak-kanak-2017