Acara Final Pencarian Wanita Melayu 2017

Posted On: 08 May 2017

Berlangsung cukup meriah di ruang legar Plaza Shah Alam, Pencarian Wanita Melayu 2017 mengangkat gadis berusia 20 tahun, Nurul Ain Nasiron yang berasal dari Kedah sebagai ikon PWM 2017. Ain menewaskan 9 lagi peserta akhir dengan personaliti yang mempersona bersama keyakinan diri yang tinggi. Acara final tahun ini diadili Puan Azura Mokhtar (Pengurus Kanan Plaza Shah Alam), Dynas Mokhtar (Selebriti), Amir Kadir (Pereka Fesyen) dan Puan Aida Zulkifli (Pereka Dalaman Kraftangan Malaysia).

Pencarian Wanita Melayu 2017 bermula awal tahun ini dengan hampir 1000 penyertaan online yang dibuka di laman Facebook Plaza Shah Alam. Kesemua penyertaan yang diterima disaring terlebih dahulu mengikut kriteria yang ditetapkan lebih awal. Dua lokasi utama uji bakat iaitu di Plaza Shah Alam dan Kompleks Kraf Kuala Lumpur dipilih sebagai lokasi rasmi. Bagi pusing separuh akhir hanya 30 yang terbaik dipilih dan daripada itu hanya 10 yang terbaik dipilih untuk ke acara final.

Bagi tahun keempat penganjuran PWM 2017, 10 peserta yang dipilih ialah Fatimah Hassan, Fatin Nuraina, Nor Natasha Suhaira, Norafiza Jami, Nurshahida Jamidon, Nurul Ain Nasiron, Nurul Fattwa, Nurul Syafiqahtul, Syazalia Roslan dan Zahida Zubaidi. 

Terima kasih kami daripada pihak Plaza Shah Alam buat semua penaja utama dan penaja bersama yang menjayakan Pencarian Wanita Melayu 2017 tahun ini - Habib Jewels dan Ice-Watch Malaysia sebagai penaja utama. TEG Travel Vacation, Kraftangan Malaysia, Karyaneka, NR Cosmetic, Pretty Portion by Misywanie dan koordinator rasmi Yann Rifft yang bertanggungjawab melaksanakan program Pencarian Wanita Melayu 2017.

Pemenang pertama Nurul Ain Nasiron membawa wang tunai RM3000 manakala Nurul Fattwa yang mendapat tempat kedua membawa pulang wang tunai RM2000 dan tempat ketiga Fatimah Hassan membawa wang tunai bernilai RM1000. Ketiga-tiga pemenang turut membawa pulang barang kemas Habib Jewels, jam tangan Ice-Watch dan pakej percutian oleh TEG Travel Vacation berserta hadiah sampingan yang lain daripada penaja berbeza.

Berikut senarai pemenang Pencarian Wanita Melayu 2017.

Tempat Pertama 
Nurul Ain Nasiron


Tempat Kedua
Nurul Fattwa Mohd Nasaruddin


Tempat Ketiga
Fatimah Mohd Hassan


Miss Personality
Nurul Syafiqahtul Musa


Miss Photogenic 
Nor Natasha Suhaira


Miss Most LIKES
Zahida Zubaidi