Finalis Pencarian Wanita Melayu 2017 Plaza Shah Alam

Posted On: 02 May 2017

Berlangsung cukup meriah Sabtu lalu, 29 April 2017 di ruang legar Plaza Shah Alam - Pencarian Wanita Melayu 2017 menyaksikan 30 peserta semi final beradu nasib di pentas PWM 2017 dengan kebolehan komunikasi, penampilan serta persona sebagai wanita Melayu.

Diadili oleh 4 juri profesional iaitu Puan Ashira (Ikon Wanita Melayu 2014), Puan Azura Mokhtar (Pengurus Kanan Plaza Shah Alam), Puan Aida Zulkaffli (Pereka Unit Fesyen Kraftangan Malaysia) dan Amir Kadir (Pereka Fesyen)

Berikut 10 peserta yang berjaya ke peringkat akhir Pencarian Wanita Melayu 2017

Fatimah Hassan (23)

Fatin Nuraina (28)

Nor Natasha Suhaira (23)

Norafiza Jami (29)

Nurshahida Hamidon (18)

Nurul Ain Nasiron (20)

Nurul Fattwa (28)

Nurul Syafiqahtul (23)

Syazalia Roslan (26)

Zahida Zubaidi (24)


Acara final Pencarian Wanita Melayu 2017 akan berlangsung di Plaza Shah Alam pada 6 Mei 2017 bermula jam 2 petang. Akan diacarakan sekali lagi oleh personaliti terkenal, Yasmin Hani. Anda dijemput beramai-ramai memeriahkan acara yang bakal mencipta sejarah ini.