Privacy And Data Protection Act

EVERGREEN VENUES SDN BHD PRIVACY POLICY

Evergreen Venues Sdn Bhd mengakui bahawa privasi anda adalah sangat penting kepada anda dan kepada kebanyakan orang. Polisi privasi kami diperincikan di bawah dan kami menyarankan agar anda membacanya dengan teliti. Polisi ini boleh berubah dari semasa ke semasa dan semua perubahan akan diposkan di Laman Web ini. Oleh itu, sila semak kembali secara tetap. Kami mengumpul data peribadi hanya jika anda ialah atau menjadi Kakitangan dan kami menggunakan maklumat itu terutamanya untuk membantu kami memahami keperluan anda agar kami boleh memberi khidmat yang lebih baik.

Akta Perlindungan Data 2010, yang terpakai bagi semua syarikat dan firma yang ditubuhkan di Malaysia, telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial. Akta ini menghendaki kami memaklumkan kepada anda berkenaan hak-hak anda berkaitan data peribadi anda yang dikumpulkan dan diproses, dan tujuan pemprosesan sedemikian. Ia juga menghendaki kami mendapatkan persetujuan anda untuk memproses data peribadi anda.

Objektif:

Polisi ini bertujuan mengenal pasti keperluan standad tentang mengumpul, mengendalikan, memelihara, melindungi, mendedahkan, mengekalkan dan megarkibkan serta mengedar maklumat peribadi kakitangan Evergreen Venues Sdn Bhd.


Skop:

Polisi ini melibatkan mereka yang terdiri daripada kakitangan Evergreen Venues Sdn Bhd dan pihak ketiga yang memproses data peribadi ini atas nama Evergreen Venues Sdn Bhd.


Definisi:


Data peribadi ialah apa-apa maklumat dalam sebarang format (elektronik atau kertas) yang mengenal pasti seorang individu daripada segi transaksi komersial. Ia termasuk maklumat yang jelas seperti nama, alamat, dan alamat e-mel tetapi ia juga termasuk biometrik seperti cap ibu jari atau sampel tisu. Jika ia boleh digunakan untuk mengenal pasti atau mengesan anda – seorang sahaja atau dengan maklumat lain – maka itu adalah maklumat peribadi.


Jantina, umur dan tarikh lahir

Alamat keluarga dan nombor telefon

Maklumat pekerjaan, pendidikan peribadi, maklumat pencapaian dan latihan

Maklumat pasangan

Maklumat pendapatan dan perbelanjaan keluarga

Hobi peribadi


Data peribadi sensitif mengandungi unsur-unsur data peribadi yang memerlukan perlindungan privasi dan keselamatan tambahan. Misalnya, apa-apa maklumat mengenai kesihatan atau keadaan seseorang berkenaan hal kesihatan, pendirian politik beliau, kepercayaan agama beliau atau kepercayaan-kepercayaan lain yang serupa sifatnya. Pihak kerajaan mengeluarkan pengenal pasti (seperti nombor Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau Cukai Pendapatan) juga merupakan data peribadi sensitif.


Rekod maklumat peribadi/rekod jenayah/rekod saman mahkamah

Bangsa, kepercayaan, pandangan politik, kepercayaan falsafah

Ahli kesatuan sekerja

Maklumat kesihatan: sejarah penyakit, kecacatan

Maklumat akaun bank, nombor kad pengenalan kebangsaan berkomputer

Kerakyatan, maklumat kewarganegaraan


Pernyataan Polisi

Polisi Privasi menyatakan bagaimana kami menghormati kepentingan Data Peribadi kakitangan kami:

Kami memberi NOTIS kepada individu tentang bagaimana data peribadi mereka digunakan.

Kami mendapatkan PERSETUJUAN untuk pemprosesan data peribadi.

Di mana yang sesuai, kami memberi AKSES kepada individu, peluang untuk menyemak semula dan membetulkan data peribadi yang disimpan oleh Evergreen Venues Sdn Bhd.

Kami hanya MENGGUNAKAN dan MEMINDAHKAN data peribadi bagi tujuan perniagaan Evergreen Venues Sdn Bhd, sejajar dengan notis kami, Polisi Privasi kami dan undang-undang Malaysia berkenaan.

Kami MELINDUNGI data peribadi dengan pelindung-pelindung yang sesuai.

Data peribadi yang diproses tidak akan DISIMPAN lebih lama daripada yang diperlukan.


Umum

BAGAIMANA KAMI MENGUMPUL DATA PERIBADI

Kami mengumpul Data Peribadi daripada anda dalam pelbagai cara dan di beberapa poin yang berbeza. Kami boleh mengumpul Data Peribadi anda daripada satu dari laman-laman web kami, melalui telefon, faksimili, apabila anda mengisi dan meyerahkan sebarang borang permohonan.

Seboleh-boleh mungkin kami mendapatkan Data Peribadi terus daripada anda. Namun begitu, ada masa-masa tertentu kami mungkin mendapatkan Data Peribadi anda daripada orang lain. Misalnya, di mana anda membuat permohonan menggunakan dua nama.

Jika anda memberikan Data Peribadi orang lain kepada kami, kami percaya pada anda bahawa anda telah memaklumkan, atau membuatkan mereka sedia maklum bahawa anda akan, atau mungkin, memberikan maklumat mereka kepada kami dan pelbagai pihak ketiga yang kami mungkin berikan kepadanya dan tujuan-tujuan berkaitan yang kami dan pihak ketiga akan menggunakannya dan bagaimana mereka boleh mengaksesnya. Jika anda belum melakukannya, atau tidak akan melakukan perkara-perkara ini, anda mesti memberitahu kami sebelum anda memberikan Data Peribadi yang berkaitan.

Kami mungkin berkongsi Data Peribadi yang anda berikan melalui pelbagai cara di atas dengan entiti-entiti berkaitan Evergreen Venues Sdn Bhd yang lain dan/atau rakan kongsi perniagaan yang dipercayai yang kami berkolaberasi dengannya, serta pihak yang menyediakan perkhidmatan kepada Laman Web kami. Di mana kami menggunakan khidmat agen atau pihak ketiga bukan tergabung, kami juga memerlukan mereka mematuhi tujuan Polisi Privasi ini.

Dari semasa ke semasa, kami mungkin memberikan Data Peribadi sebagai respons kepada perintah mahkamah, sepina, atau penyelidikan kerajaan. Kami juga berhak melaporkan kepada agensi penguatkuasaan undang-undang sebarang aktiviti yang kami percaya secara jujur menyalahi undang-undang. Kami mungkin menyiarkan Data Peribadi apabila kami percaya bahawa penyiaran sedemikian dirasakan perlu untuk menguatkuasakan atau mengenakan Syarat-syarat Penggunaan kami atau bagi melindungi hak, harta, dan keselamatan orang lain dan diri kita.

Sekiranya Evergreen Venues Sdn Bhd atau entiti-entitinya yang berkaitan bergabung dengan atau dibeli oleh entiti perniagaan yang lain, atau aset masing-masing dibeli, anda seharusnya menjangkakan bahawa kami akan berkongsi beberapa atau kesemua Data Peribadi anda dengan syarikat-syarikat yang mengambil alih peranan untuk memberi khidmat kepada anda dan pengguna Laman Web kami yang lain.

Pilihan Anda

Kebenaran anda senstiasa diperoleh terlebih dahulu. Kami tidak akan menggunakan atau berkongsi Data Peribadi yang dikumpul dalam cara yang tidak berkaitan dengan tujuan anda memberikan maklumat, termasuk yang diterangkan di atas, tanpa memberikan anda pilihan sama ada untuk membenarkan mana-mana penggunaan yang tiada berkaitan.


Mengakses dan Membetulkan Maklumat Anda

Kami mengambil langkah yang wajar bagi memastikan bahawa mana-mana Data Peribadi yang kami kumpul adalah tepat, terkini, lengkap dan boleh dipercayai untuk penggunaan yang dimaksudkan. Jika anda ingin mengemaskinikan atau membetulkan Data Peribadi anda yang telah berikan kepada kami, anda boleh menyunting maklumat anda dalam talian selepas melengkapkan pendaftaran, atau hubungi kami seperti yang dinyatakan di bahagian “Hubungi Kami” di bawah dan kami akan membantu anda.


Perubahan Terhadap Pernyataan Ini

Mana-mana pengemaskinian atau perubahan terhadap syarat-syarat Pernyataan Privasi ini akan diposkan di sini di Laman Web kami dan tarikh versi yang terbaru diposkan di bawah. Sila semak kembali dengan kerap, terutamanya sebelum anda meyerahkan mana-mana Data Peribadi di Laman Web kami, untuk melihat sama ada Pernyataan Privasi ini telah berubah. Jika sebarang perubahan secara material melibatkan penggunaan Data Peribadi yang sebelum ini diberikan kepada kami, kami akan mendapatkan persetujuan anda sebelum penggunaan retroaktif mana-mana perubahan material. Dengan menggunakan Laman Web kami, anda mengakui penerimaan Pernyataan Privasi ini berkuat kuasa pada waktu penggunaan.


Hubungi Kami

JIka anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang penggunaan Data Peribadi anda atau mahu mengakses dan membetulkan data peribadi anda atau tentang Polisi Privasi ini, sila pos atau hantar e-mel ke:


Alamat surat menyurat:  Evergreen Venues Sdn Bhd

                                      Lot 06-02, Level 6, Plaza Masalam

                                      No. 2, Jalan Tengku Ampuan Zabedah E9/E

                                      40100 Shah Alam, Selangor


Alamat e-mel: pierrechoo@evergreenvenues.com


Kami akan berusaha sedaya upaya untuk menangani kemusykilan anda dan meyelesaikan sebarang masalah yang anda bawa ke perhatian kami.