Kemeriahan "Keagungan Ramadan Keindahan Syawal" Plaza Shah Alam

Posted On: 19 June 2017

Berlangsung cukup meriah dengan kehadiran pengunjung yang tidak putus, Plaza Shah Alam sentiasa mahu memberikan yang terbaik. Pelbagai aktiviti menarik disediakan bermula 24 Mei sehingga 24 Jun 2017 merangkumi jualan hebat baju raya, promosi mendapatkan hadiah istimewa dengan pembelian RM50 ke atas dan aktiviti menarik lainnya seperti Pertandingan Suara Merdu Raya, Pencarian Arjuna Majestic dan pertandingan mewarna.

Setiap hujung minggu pula, pengunjung dihiburkan dengan persembahan artis-artis popular seperti Tajul, Haqiem Rusli, Wany Hasrita, Ismail Izzani, Ernie Zakri, Azharina, Mark Adam, Ronnie  Hussein dan Sarah Fazny. Persembahan meriah mereka turut disusuli dengan sesi meet and greet bersama peminat selain menyampaikan rangkaian lagu popular serta lagu-lagu menyambut perayaan Aidilfitri. 

Tidak melupakan yang kurang bernasib baik, satu acara majlis berbuka puasa diadakan bersama Anak-Anak Yatim & Asnaf Selangor diadakan pada 10 Jun lalu di bangunan Plaza Masalam. Pemberian duit raya dan baju raya kepada anak-anak kurang bernasib baik ini diadakan sebagai salah satu inisiatif untuk berkongsi keseronokan menyambut syawal tahun ini.

Siri pertunjukan fesyen turut diadakan daripada jenama-jenama fesyen yang berada di Plaza Shah Alam seperti Bahari Asyekterlebih dulu memperkenalkan koleksi raya sebelum bermulanya puasa dan juga House of Blouse By Najmar yang dihadiri ramai pembeli setia jenama ini untuk mendpatkan pakaian menyambut perayaan Aidilfitri pada harga lebih rendah dan berpatutan.

#MajesticRaya dipilih sebagai tema keseluruhan bagi menggambarkan tag line yang dipilih iaitu Keagungan Ramadan, Keindahan Syawal sebagai penghormatan pada dua bulan yang cukup istimewa dalam kalender Islam ini. Terima kasih kami ucapkan kepada semua pengunjung dan penyewa yang menjadi sebahagian daripada kemeriahan sambutan Ramadan dan Syawal tahun ini di Plaza Shah Alam. Kita jumpa lagi di tahun akan datang.

Terus menyokong Plaza Shah Alam dengan mengikuti perkembangan mall ini di akau Facebook dan Instagram - @PlazaShahAlam