LATEST NEWS

Kenali Finalis PWM2018

Debaran kian terasa, 28 April ini bakal menyaksikan 12 finalis berentap merebut gelaran IKON WANITA MELAYU dalam PENCARIAN WANITA MELAYU 2018. Kenali lebih dekat 12 finalis ini!Alya Iman (26)Aktivi sebagai travel blogger, Alya Iman yang memiliki pendidikan dalam bidang Bio-Chemical salah satu university di United Kingdom ini percaya PWM2018 mampu menjadikan dia lebih dekat dengan budaya Melayu dan sekali gus mahu membawa etika budaya Melayu ke peringkat lebih tinggi.Nadja Liza (30)Bidang kerja yang membawa dia terbang jauh ke sana sini membuatkan Nadja, seorang pramugari semakin mahu berkongsi akar budaya Melayu dengan orang luar. Kali ketiga menyertai pertandingan ini, Nadja membuktikan kesungguhannya kali ini terbayar kali ini apabila terpilih sebagai finalis PWM2018.Siti Mastura (29)Pernah viral sebagai Wartawan Dikejar Anjing ketika membuat laporan langsung bersama saluran TV terkumuka tempatan, Mastura merupaka ibu kepada tiga anak ini mahu membuktikan, wanita mampu melakukan apa jua yang mereka mahukan tanpa mengira batasan komitmen dan tanggungjawab menguruskan keluarga.Nur Ezzeyanti Natasha (20)Masih muda dan cukup dikenali di landasan media sosial, Ezzeyanti memiliki pendidikan dalam bidang Seni dan Kebudayaan daripada Universiti Bandung. Minat dalam bidang ini membawa Ezzeyanti ke pertandingan PWM2018 untuk mencabar dirinya sendiri.Nuraishah Razak (25)Tujuan Aishah memasuki PWM2018 adalah untuk keluar daripada zon selesanya. Dia mahu lebih yakin, berani dan ke depan setiap kali berhadapan dengan orang. Sekali gus menjadi contoh juga inspirasi buat wanita di luar sana.Nur Fatihah Sazali (25)Wajah tidak asing lagi dalam mana-mana pertandingan kecantikan juga pencarian model, Fatihah sentiasa tampil yakin dan mahu menjadi inspirasi buat wanita di luar sana. Berpengalaman dalam peragaan.Nur Syuhada (22)Percubaan pertamanya dalam Pencarian Wanita Melayu membuahkan hasil pabila berjaya ke peringkat akhir PWM2018. Mahu mencabar dirinya dalam melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan dan mahu meningkatkan keyakinan diri.Aunee Azrina (25)Pernah menjadi wakil Malaysia dalam memperagakan busana tradisi Melayu di Jepun, anak kelahiran Perak ini berkemampuan bertutur lancar dalam Bahasa Jepun. Memiliki pendidikan Kejuruteraan electrikal, Tokyo University of Sience, Japan.Huda Saber (29)Pernah beberapa kali mencuba untuk menjadi finalis PWM namun gagal tidak membuatkan Huda putus asa. Kali ini dengan kematangan dan visi yang lebih jelas Huda berdiri sama hebat dengan 11 finalis yang lain. Kini Huda masih lagi meneruskan pelajarannya di peringkat Master.Amy Nur Tinie (22)Cukup berpengalam dalam bidang peragaan tidak meletakkan dirinya terlalu besar berbanding peserta lain. Mengusahakan perniagaan Spa dan Kecantikan yang berlokasi di Ipoh, Perak – Tinie percaya visi PWM dan visinya seiring dalam memartabatkan Wanita ke peringkat global.Siti Raihana (18)Peserta paling muda dalam pertandingan ini, Raihana yang meminati bidang peragaan ini percaya Pencarian Wanita Melayu 2018 mampu menjadi platform terbaik buat dirinya untuk memulakan langkah awal dalam bidang ini. Nur Athiyah Hazirah (23)Pelajar dalam bidang perakaunan ini meminati bidang peragaan ini mahu mencari jati diri dan meningkatkan keyakinan yang ada dalam dirinya menerusi program ini sekali gus berharap PWM2018 mampu menjadi platform terbaik mengembangkan bakatnya.

GAMBAR: Sekitar Sesi Uji Bakat PWM2018

Berlangsung cukup meriah dengan kehadiran lebih seratus peserta yang datang dalam pelbagai latar pendidikan, pengalaman dan bakat namun membawa misi serupa iaitu mahu bergelar Ikon Wanita Melayu - Pencarian Wanita Melayu 2018. 30 peserta telah dipiliha sebagai barisan semi-finalis yang bakal bertanding pada tarikh 21 April ini yang pastinya menyaksikan saingan yang lebih besar buat wajah-wajah ini. Siapa yang bakal bergelar finalis? Nantikan usai sesi separuh akhir Pencarian Wanita Melayu 2018.

Sekitar Sidang Media PWM2018 - Plaza Shah Alam

PENCARIAN IKON WANITA MELAYU KINI KEMBALI!Shah Alam, 5 April – Buat tahun kelima penganjuran PENCARIAN WANITA MELAYU – PLAZA SHAH ALAM (PWM2018) kembali membuka peluang buat semua gadis Melayu di luar sana untuk bergelar Ikon Wanita 2018. Apa yang lebih istimewa kali ini, pihak Plaza Shah Alam sebagai penganjur utama membuka peluang buat gadis “Curvy” untuk turut serta mencuba nasib bergelar Ikon Wanita Melayu.Penyertaan secara dalam talian dibuka untuk peserta mendaftar sejak akhir Januari 2018 lalu menerusi laman web rasmi www.plazashahalam.com dengan syarat lengkap penyertaan. Peserta dikehendaki mengisi setiap butiran tersedia dan menyertakan gambar terbaik mereka sebagai rujukan pihak penganjur dan kordinator.Sesi uji bakat bakal diadakan pada 7 April 2017 (Sabtu) bertempat di Plaza Shah Alam bermula jam 11 pagi bagi sesi pertama dan jam 2 petang bagi sesi kedua. Bagi sesi uji bakat ini pemarkahan para peserta akan dinilai daripada sudut personaliti, skil komunikasi dan bakat yang untuk ditonjolkan.  Beberapa soalan akan diajukan oleh juri terpilih bagi melihat keupayaan serta kebolehan para peserta dalam menjawab soalan secara spontan dalam masa yang ditetapkan.“MALAY GIRLS RULE!”Seiring dengan kempen global woman empowerment yang semakin hangat diperkatakan, pihak Plaza Shah Alam mengambil peluang serupa dangan menggunakan tag line “MALAY GIRLS RULE!” yang akan menjadi tag line rasmi yang akan digunakan sepanjang tempoh penganjuran Pencarian Wanita Melayu 2018 tahun ini.MENTORING SESSIONBuat pertama kalinya sesi mentoring akan diadakan pada tahun ini buat 12 finalis yang terpilih. Empat mentor terpilih adalah pemenang Pencarian Wanita Melayu yang terdahulu terdiri daripada Ashira Kaseh (Pemenang 2014), Ayu Harris (2015), Hazwani Zaini (2016) dan Nurul Ain pemenang Pencarian Wanita Melayu tahun lalu.Setiap mentor akan mengendalikan 3 finalis yang akan dibentuk personaliti, keyakinan serta imej mereka sebagai wanita Melayu dalam beberapa aktiviti yang telah disusun. Kelas solekan, etika, pertandingan memasak dan aktiviti luar sebagai riadah telah disusun sepanjang tempoh seminggu sebelum mereka melangkah ke sesi final PWM2018.HABIB JEWELS SELAKU PENAJA UTAMA PENCARIAN WANITA MELAYU 2018 (PWM2018)Seperti tahun sebelumnya, HABIB JEWELS menjadi penaja utama program Pencarian Wanita Melayu 2018 kali ini bersama ICE-WATCH. Antara penaja lain yang turut memberi sokongan terhadap penganjuran PWM2018 adalah Elianto Makeup, ARCO.MY, D’Qapas, Original Classic (OC), NRCosmetics (NRC), Shaiful Azley Affaley dan Ani Catering & Wedding Planner.Berikut merupakan tentatif yang telah disusun untuk acara Pencarian Wanita Melayu 2018 (PWM2018) Tarikh  Tentatif Pencarian Wanita Melayu 20185 AprilPress Conference Pencarian Wanita Melayu 20187 AprilSesi Uji Bakat PWM201821 AprilSemi-final Pencarian Wanita Melayu 201822 AprilMentoring sessionRock ClimbingKelas EtikaPerundingan Imej & Sesi fitting acara finalSesi fotografi finalis PWM201823 AprilKelas Solekan bersama ELIANTOLokasi: Elianto HQ, Mid Valley25 AprilLawatan ke HQ Habib Jewels selaku penaja utama Pencarian Wanita Melayu 2018 (PWM2018)26 AprilPertandingan Memasak Bersama Chef LizaLokasi: Plaza Shah Alam28 AprilAcara Kemuncak Pencarian Wanita Melayu 2018Lokasi: Plaza Shah AlamMasa: 2 – 5 PetangACARA MENARIK FINAL PENCARIAN WANITA MELAYU 2018Untuk memberi kelainan, buat pertama kalinya Pencarian Wanita Melayu memperkenalkan pengacara lelaki bagi acara separuh akhir dan acara kemuncak final PWM2018. Karl Shafek diberi kepercayaan mengemudi acara ini sebagai pengacara dan bakat baru meningkat naik, Ismail Izzani akan membuat persembahan di acara kemuncak Pencarian Wanita Melayu 2018 yang abakal berlangsung pada 28 April ini.TENTANG PENCARIAN WANITA MELAYU – PLAZA SHAH ALAMMula dianjurkan pada tahun 2014, Pencarian Wanita Melayu diwujudkan bagi mencari gadis Melayu yang masih mengamalkan gaya hidup Melayu dalam dunia serba moden hari ini. Peserta yang diangkat sebagai pemenang utama akan diberikan gelaran Ikon Wanita yang melengkapi ciri-ciri seperti personaliti menarik, beretika dan memiliki pemikiran yang seiring dengan kemajuan dunia moden hari ini. Sepanjang penganjuran acara ini, empat Ikon Wanita telah diangkat iaitu Ashira Kaseh, Ayu Harris, Hazwani Zaini dan Nurul Ain Basiron.TENTANG PLAZA SHAH ALAMPlaza Shah Alam berlokasi di tengah kesibukan bandar raya Shah Alam yang terletak di Seksyen 9. Lebih sepuluh tahun memberikan keterujaan serta pengalaman beli-belah buat kejiranan Shah Alam, Plaza Shah Alam hari ini sinonim sebagai sebuah hub sehenti yang menawarkan keperluan gaya hidup seharian.

Pencarian Wanita Melayu Kembali

Buat tahun kelima, Pencarian Wanita Melayu 2018 sekali lagi bakal menyaksikan seorang lagi Ikon Wanita Melayu yang akan dijulang sebagai idola masyarakat. Tahun ini Plaza Shah Alam dengan pihak pengurusan YannRifft sekali lagi bekerjasama dalam mencari wanita yang datang dengan pakej lengkap - berkeyakinan tinggi, berpewatakan menarik serta memiliki visi hidup yang jelas dan mampu dijadikan inspirasi lebih ramai wanita di luar sana.Pendaftaran secara dalam talian dan penyertaan menerusi sosial media Facebook dan Instagram turut dibuka kali ini bagi mereka yang ingin mencuba menampilkan personaliti diri masing-masing. Apa yang pasti kali ini kami mahu juara yang dipilih memilki karisma sebagai wanita Melayu yang mampu dibanggakan.Menyingkap kembali sepanjang lima tahun penganjurannya, Pencarian Wanita Melayu sehingga hari ini sudah berjaya menghasilkan wakil-wakil wanita yang berjaya dalam bidang masing-masing. Nama-nama juara seperti Ashira Kaseh, Ayu Haris, Hazwani dan Nurul Ain hari ini sudah berjaya di lapangan kerjaya masing-masing. Baik dalam bidang peragaan, perniagaan dan lain-lain.Jika anda memiliki ciri-ciri yang kami cari, jangan lupa untuk mendaftar terus sebagai calon juara Pencarian Wanita Melayu 2018 yang akan kami angkat sebagai Ikon Wanita Melayu tahun ini. Terus ke laman web rasmi Plaza Shah Alam dan klik bahagian CONTEST untuk pendaftaran atau muat naik video di Facebook dan Instagram dengan tag akau Plaza Shah Alam beserta hashtag #PWM2018 #PlazaShahAlam #DupDap agar pihak kami dapat melihat video anda.SELAMAT BERJAYA!

KEMERIAHAN PEMBUKAAN BUTIK PANDORA

Tanyalah wanita mana pun, pastinya jenama aksesori mewah Pandora menjadi dambaan mereka. Mula diperkenalkan di Copenhagen Denmark oleh pasangan suami isteri Enevoldsen dan Winnie mula bertapak sekitar awal tahun 80-an. Sejak itu, PANDORA utuh sebagai jenama yang cukup dekat dengan wanita seluruh dunia sehingga hari ini.Berlangsung cukup sederhana tetapi intimate minggu lalu, Plaza Shah Alam melangkah selangkah lagi ke dunia serba mewah PANDORA dengan pembukaan butik ini yang berlokasi di ground floor, lokasi strategik bagi setiap pengunjung yang singgah ke mall kami.Merasmikan pelancarannya, Pengarah Urusan PANDORA Malaysia, Datin Sri Zarida Noordin hadir sebagai tetamu VVIP dalam acara yang turut dirai rakan media, staff dan pelanggan setia PANDORA.Bagi anda yang tidak berkesempatan lagi ke butik serba indah PANDORA di Plaza Shah Alam, boleh terus ke pusat beli belah kami dan kunjungi butik PANDORA dengan menikmati hadiah istimewa dengan setiap pembelian bernilai RM618 sementara stok masih ada. Jom kita lihat gambar-gambar menarik sepanjang majlis pelancaran butik PANDORA di Plaza Shah Alam.

Kemeriahan Pesta Haiwan Peliharaan Plaza Shah Alam

Buat julung kalinya Plaza Shah Alam dengan kerjasama Kelab Kucing Malaysia menganjurkan sebuah karnival haiwan peliharaan yang mendapat sambutan luar biasa semua pengunjung. Berlangsung selama dua hari pada 16 dan 17 September yang lalu dengan cukup meriah.Pelbagai jenis haiwan peliharaan dikumpulkan seperti kucing, burung, arnab, ikan dan haiwan eksotik ular yang turut diadakan di aras bawah dan aras satu Plaza Shah Alam. Pelbagai aktiviti disusun seperti pertunjukan fesyen, petting zoo, pertandingan face painting dan demonstrasi daripada pemilik-pemilik haiwan peliharaan yang dikumpulkan.Bagi yang terlepas acara menarik ini, jom sama-sama kita lihat apa yang berlaku sepanjang penganjuran Pesta Haiwan Peliharaan Plaza Shah Ala mini berlangsung. Terima kasih kami ucapkan bagi semua yang hadir dan terima kasih kami juga buat Kelab Kucing Malaysia kerana sama-sama menjayakan acara ini.

KEMERIAHAN ADIWIRA MERDEKA PLAZA SHAH ALAM

Berlangsung dengan cukup meriah bermula 16 Ogos lalu, buat julung kalinya Plaza Shah Alam memperkenalkan program ADIWIRA MERDEKA. Memeriahkan acara ini satu pameran figura adiwira diadakan di ruang legar Plaza Shah Alam dengan menampilkan figura popular seperti Ironhide, Bumblebee, Cat Woman, Teenage Mutant dan banyak lagi yang dibawakan dan dipasang khusus untuk pengunjung Plaza Shah Alam.Memeriahkan lagi acara kali ini, pihak Plaza Shah Alam turut menganjurkan pertandingan mewarna, pakaian beragam serta kemunculan istimewa dua figura aksi pada hujung minggu. Figura aksi ini meluangkan masa bersama pengunjung yang hadir untuk bergambar dan bermesra dengan semua. Jangan lupa kongsikan pandangan anda tentang aktivi yang kami jalankan ini ok! Bagi yang terlepas peluang, jom lihat gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang acara ADIWIRA MERDEKA Plaza Shah Alam ini berlangsung! 

PARKIR VALET DI PLAZA SHAH ALAM!

Mulai 1 September 2017, Plaza Shah Alam akan memperkenalkan sistem parkir valet! Dengan kadar serendah RM10 untuk 3 jam pertama dan RM2 bagi jam beriukutnya, anda kini boleh menguruskan apa jua urusan dengan lancar dan mudah. Apa yang pasti sistem keselamatan akan sentiasa terjamin dan masa anda dapat dijimatkan dengan sistem parkir yang baru ini! Jangan lupa untuk mencuba okay!  

Adiwira Merdeka Plaza Shah Alam

Bersempena  bulan merdeka ini, Plaza Shah Alam akan menganjurkan aktiviti pameran figura adiwira yang akan dilangsungkan bermula tarikh 16hb Ogos ini. Pelbagai aktiviti menarik akan diisi buat semua pengunjung yang datang ke Plaza Shah Alam. Antara aktiviti yang disusun adalah pertandingan pakaian beragam, mewarna, kraf dan kemunculan adiwira.Ikuti perkembangan kami di laman Facebook dan Instagram PlazaShahAlam untu maklumat lanjut