LATEST NEWS

“AINI SOPHI” DINOBAT SEBAGAI IKON WANITA MELAYU PWM2019

Gadis kelahiran Melaka, Aini Sophi (19) diangkat sebagai Ikon Wanita Melayu – Pencarian Wanita Melayu Plaza Shah Alam. Kemenangan Aini Sophi meneruskan gemilang takhta Ashira Kasih, Ayu Harris, Nur Hazwani, Ain Nasiron dan Amy Nur Tinie yang merupakan Ikon Wanita Melayu yang pernah diangkat Plaza Shah Alam sepanjang enam tahun penganjuran.Aini Sophi melumpuhkan impian 9 lagi finalis Pencarian Wanita Melayu 2019 untuk bergelar Ikon tahun ini dengan kemenangannya sebagai Ikon Wanita Melayu termuda sepanjang program ini dianjurkan pihak Plaza Shah Alam sejak enam musim.             Merapati markah Aini Sophi adalah Fatin Nabilah (21) yang menggungguli tempat kedua dan Farzana Zainul (22) yang mendapat tempat ketiga. Dua kategori khas yang diberikan oleh penganjur adalah Miss Pesonality yang disandang oleh Nur Jannah Adibah (29) dan Miss Photogenic, Natasha Azman (24). Satu kategori khas oleh penaja, Xixili iaitu Miss Confident Xixili disandang oleh gadis muda, Nurul Aina (22) yang berjaya menarik minat pilhak Xixili dengan keyakinan diri dan perwatakan diri yang bersahaja.Kesemua finalis dinilai dari aspek Komunikasi, Personaliti, IQ, dan Catwalk. Duduk di kerusi juri terdiri daripada 4 panel utama, Puan Azura Mokhtar (Pengurus Kanan Plaza Shah Alam), Encik Faizal Hamid (Pensyarah Fesyen UiTM), Puan Rosie Haslinda Nasir (Ketua Pengarang InTrend Malaysia) dan Asyraf Dasley (Model). Majlis berlangsung di ruang legar Plaza Shah Alam menyaksikan Fahrin Ahmad sebagai pengacara majlis dengan kehadiran lebih 200 tetamu jemputan dan VIP yang terdiri daripada Dato’ Sri Meer Habib dari Habibs Jewels, Mr. Lung Hien Chou (General Manager EvergreenVenues, pemilik Plaza Shah Alam) dan wakil Habib Group, Puan Yasheedah.Penganjur: Plaza Shah AlamPenaja Utama: Habib Jewels & Ice-WatchPenaja bersama: Xixili, Anytime Fitness, Smart Travelo, Brillando, Rasagarwood & Ashira Kaseh. Koordinator: Yann Rifft

10 FINALIS DIPILIH KE PERINGKAT AKHIR “PENCARIAN WANITA MELAYU – PLAZA SHAH ALAM 2019”

Shah Alam, 12 Mac 2019 – Pentas utama Plaza Shah Alam Sabtu lalu menyaksikan persaingan sengit 30 peserta separuh akhir Pencarian Wanita Melayu 2019 yang bertanding untuk melayakkan diri ke peringkat akhir PWM 2019.Sebanyak 30 peserta disaring awal daripada 500 penyertaan uji bakat yang berlangsung di dua lokasi iaitu Plaza Shah Alam dan Kompleks Kraf Kuala Lumpur bermula Mac lalu. Kesemua peserta yang terpilih di peringkat separuh akhir dinilai daripada aspek Keterampilan, IQ, Skil Komunikasi dan Catwalk.Berada di barisan juri adalah Puan Azura (Pengurus Kanan Plaza Shah Alam), Encik Faizal Hamid (Pensyarah Fesyen UiTM) dan Puan Farrah Dayana (Ketua Projek PWM 2019). Majlis yang berlangsung diacarakan oleh Fahrin Ahmad dengan penampilan khas persembahan Syafeek Ikhwan. 10 Peserta yang terpilih ialah Aini Sophie (19), Anissa Iman (22), Fatin Nabilah (21), Farzana (22), Natasha Azman (24), Nazirah (24), Nurul Aina (21), Nur Jannah Adibah (29), Noor Alya (20) dan Zakiah Khairul (22)ACARA KEMUNCAK 20 APRIL 2019Kesemua peserta yang terpilih ke peringkat akhir akan terlibat dalam beberapa sesi khusus yang disusun sebagai persiapan ke peringkat akhir. Antaranya kelas solekan, grooming dan etika, cabaran fizikal bersama Anytime Fitness serta styling challenge bersama MC Vogue dan Xixili. Melengkapkan kesemua aktiviti menuju ke peringkat akhir, kesemua finalis akan turut menghadiri satu sesi khas bersama penaja utama Pencarian Wanita Melayu 2019 iaitu Habib Jewels dan Ice-Watch yang akan turut menjadi sebahagian daripada agenda utama.Kesemua aktiviti yang disusun akan diambil markah daripada setiap cabaran yang disediakan melengkapkan markah di peringkat akhir yang akan diadili oleh Encik Faizal Hamid (Pensyarah Fesyen UiTM), Puan Rosie Haslinda Nasir (Editor Majalah InTrend), Puan Azura Mokhtar (Pengurus Kanan Plaza Sha Alam) dan Asyraf Dasley (Model)Penganjur: Plaza Shah AlamPenaja Utama: Habib Jewels & Ice-WatchPenaja bersama: Xixili, Anytime Fitness, Smart Travelo, Brillando, Rasagarwood & Ashira Kaseh. Koordinator: Yann RifftTENTANG PENCARIAN WANITA MELAYU – PLAZA SHAH ALAMMula dianjurkan pada tahun 2014, Pencarian Wanita Melayu dianjurkan Plaza Shah Alam diwujudkan bagi mencari gadis Melayu yang masih mengamalkan gaya hidup Melayu dalam dunia serba moden hari ini. Peserta yang diangkat sebagai pemenang utama akan diberikan gelaran Ikon Wanita yang melengkapi ciri-ciri seperti personaliti menarik, beretika dan memiliki pemikiran yang seiring dengan kemajuan dunia moden hari ini. Sepanjang penganjuran acara ini, lima Ikon Wanita telah diangkat iaitu Ashira Kaseh, Ayu Harris, Hazwani Zaini, Nurul Ain Nasiron dan Amy Nur Tinie.TENTANG PLAZA SHAH ALAMPlaza Shah Alam berlokasi di tengah kesibukan bandar raya Shah Alam yang terletak di Seksyen 9. Lebih sepuluh tahun memberikan keterujaan serta pengalaman beli-belah buat kejiranan Shah Alam, Plaza Shah Alam hari ini sinonim sebagai sebuah hub sehenti yang menawarkan keperluan gaya hidup seharian.Tawaran gaya hidup tidak hanya terikat pada idea seperti F&B, Fesyen dan Kecantikan. Kami juga menjadi pusat tumpuan servis dengan adanya badan kerajaan yang berpusat di sini seperti Jabatan Pendaftaran Negara, FAMA, Firma Guaman dan lain-lain.Sehingga hari ini kami menawarkan segala bentuk pengalaman beli-belah untuk semua pengunjung daripada kelas pertengahan ke atas. Plaza Shah Alam dimiliki syarikat Evergreen Venues Sdn. Bhd.

Sidang Media Pencarian Wanita Melayu

Buat tahun keenam penganjuran PENCARIAN WANITA MELAYU – PLAZA SHAH ALAM (PWM2019) kembali membuka peluang buat semua gadis Melayu di luar sana untuk bergelar Ikon Wanita Melayu 2019.Penyertaan secara online mula dibuka bermula 11 Februari 2019 menerusi laman web rasmi www.plazashahalam.com menerima hampir 500 penyertaan keseluruhannya.Sesi uji bakat pertama diadakan pada tarikh 23 Mac lalu dan akan diikuti dengan sesi kedua pada 30 Mac 2019 di Plaza Shah Alam.Bagi membuka lebih peluang satu ujibakat terbuka diadakan pada 9 Mac 2019 lalu di Kompleks Kraf Kuala Lumpur bersempena dengan Minggu Kraftangan MalaysiaBagi sesi uji bakat ini pemarkahan para peserta akan dinilai daripada sudut personaliti, skil komunikasi dan bakat yang untuk ditonjolkan.  Beberapa soalan akan diajukan oleh juri terpilih bagi melihat keupayaan serta kebolehan para peserta dalam menjawab soalan secara spontan dalam masa yang ditetapkan.Dua sesi promosi awal sudah dilakukan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur bersempena Hari Kraftangan Kebangsaan yang lalu serta satu sesi promosi “Open Day PWM2019” di Plaza Shah Alam yang berlangsung pada 15 Mac 2019 yang lalu.KERJASAMA MAKNA + PWM2019Satu kerjasama khas bersama MAKNA dalam mengumpul dana sumbangan buat pesakit kanser payudara turut diwujudkan bersempena aktiviti Pencarian Wanita Melayu Plaza Shah Alam tahun ini. Kutipan derma ini mula dikutip bermula hari ini (27 Mac ) sehingga 20 April 2019 dan akan disumbangkan sepenuhnya kepada pihak MAKNA.BARISAN PENAJA UTAMASeperti tahun sebelumnya, pihak Plaza Shah Alam berbangga dengan penglibatan HABIB JEWELS yang menjadi penaja utama program Pencarian Wanita Melayu 2019 kali ini bersama ICE-WATCH. Penajaan hadiah lain turut disokong oleh Xixili, Anytime Fitness, MC Vogue dan Samrt Travel yang turut akan melakukan aktiviti bersama finalis selain menaja hadiah untuk kesemua finalis tahun ini.HADIAH LUMAYAN MENANTI PEMENANGTarikan utama hadiah lumayan sentiasa dinantikan semua peserta yang bertanding. Selain dapat merebut gelaran Ikon Wanita Melayu pemenang utama Pencarian Wanita melayu 2019 bakal membawa pulang wang tunai bernilai RM5000, Barangan Habib Jewels bernilai RM4000, Jam tangan Ice-Watch (RM2000) serta penajaan daripada Xixili dan Anytime Fitness. Beberapa penajaan hadiah lain akan diumum dari semasa ke semasa.Tarikh Ujibakat23 & 30 Mac 2019Separuh Akhir13 April 2019Acara Kemuncak 20 April 2019

Pencarian Ikon Wanita Melayu 2019 Kini Bermula

Buat tahun keenam penganjuran PENCARIAN WANITA MELAYU – PLAZA SHAH ALAM (PWM2019) kembali membuka peluang buat semua gadis Melayu di luar sana untuk bergelar Ikon Wanita Melayu 2019. Penyertaan secara online kini dibuka bermula 11 Februari 2019 menerusi laman web rasmi www.plazashahalam.com berserta syarat lengkap penyertaan. Peserta dikehendaki mengisi setiap butiran tersedia dan menyertakan gambar terbaik mereka sebagai rujukan pihak penganjur dan kordinator.Sesi uji bakat pertama akan diadakan pada tarikh 23 & 30 Mac 2019 di Plaza Shah Alam dan bagi membuka lebih peluang satu ujubakat terbuka akan diadakan pada 9 Mac 2019 di Komplek Kraftangan Kuala Lumpur bermula jam 12 Tengah hari.Bagi sesi uji bakat ini pemarkahan para peserta akan dinilai daripada sudut personaliti, skil komunikasi dan bakat yang untuk ditonjolkan.  Beberapa soalan akan diajukan oleh juri terpilih bagi melihat keupayaan serta kebolehan para peserta dalam menjawab soalan secara spontan dalam masa yang ditetapkan.HABIB GROUP SELAKU PENAJA UTAMA PENCARIAN WANITA MELAYU 2019 (PWM2019)Seperti tahun sebelumnya, HABIB JEWELS menjadi penaja utama program Pencarian Wanita Melayu 2019 kali ini bersama ICE-WATCH dan PANDORA. Beberapa penaja lain akan diumumkan dari semasa ke semasa. Info lanjut berkaitan Pencarian Wanita Melayu Plaza Shah Alam 2019 boleh diikuti di laman Facebook, Instagram rasmi Plaza Shah Alam.TENTANG PENCARIAN WANITA MELAYU – PLAZA SHAH ALAMMula dianjurkan pada tahun 2014, Pencarian Wanita Melayu dianjurkan Plaza Shah Alam diwujudkan bagi mencari gadis Melayu yang masih mengamalkan gaya hidup Melayu dalam dunia serba moden hari ini. Peserta yang diangkat sebagai pemenang utama akan diberikan gelaran Ikon Wanita yang melengkapi ciri-ciri seperti personaliti menarik, beretika dan memiliki pemikiran yang seiring dengan kemajuan dunia moden hari ini. Sepanjang penganjuran acara ini, lima Ikon Wanita telah diangkat iaitu Ashira Kaseh, Ayu Harris, Hazwani Zaini, Nurul Ain Nasiron dan Amy Nurtine.TENTANG PLAZA SHAH ALAMPlaza Shah Alam berlokasi di tengah kesibukan bandar raya Shah Alam yang terletak di Seksyen 9. Lebih sepuluh tahun memberikan keterujaan serta pengalaman beli-belah buat kejiranan Shah Alam, Plaza Shah Alam hari ini sinonim sebagai sebuah hub sehenti yang menawarkan keperluan gaya hidup seharian.Tawaran gaya hidup tidak hanya terikat pada idea seperti F&B, Fesyen dan Kecantikan. Kami juga menjadi pusat tumpuan servis dengan adanya badan kerajaan yang berpusat di sini seperti Jabatan Pendaftaran Negara, FAMA, Firma Guaman dan lain-lain.Sehingga hari ini kami menawarkan segala bentuk pengalaman beli-belah untuk semua pengunjung daripada kelas pertengahan ke atas. Plaza Shah Alam dimiliki syarikat Evergreen Venues Sdn. Bhd.

Christmas Cookies Deco

Berlangsung meriah hujung minggu lalu, Christmas Cookies Deco bersama Kakak Dilla dan Abang Shakir. Hujung minggu ini berterusan dengan aktiviti menarik!29 Disember 20181 PM - Fancy Dress Contest30 Disember 20182.30 PM - Sand Art Workshop6.00 PM - Mystery Balloon Drop

CHRISTMAS FANCY DRESS COMPETITION

TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN:1. Terbuka kepada semua kanak-kanak warganegara Malaysia.2. Pertandingan ini terbahagi kepada 2 Kategori:1. Kategori A (5 - 8 ) 2. Kategori B (9 - 12) 3. Kategori Khas (3 - 4)*3. Tema pakaian "Prince & Princess of Fairytales" - Pakaian & Props sendiri4. Pemarkahan dinilai dari sudut catwalk, pakaian, bakat dan kreativiti.5. Yuran penyertaan adalah berjumlah RM30. Bayaran hendaklah dibuat kepada puan Yann Rifft. 6. Pendaftaran / pembayaran ditutup pada 27/12/18.7. Keputusan juri adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan. 8. Pendaftaran dan pertanyaan lanjut boleh merujuk kepada Puan Yann Rifft ditalian 01111261671

Aktiviti Snowflake Ornament Workshop

Berlangsung pada 9 Disember lalu, Snowflake Ornament Workshop bersama Wonder Photo Shop bersempena sambutan Hari Krismas tahun ini. Jangan lupa untuk stay tune untuk lebih aktiviti sepanjang bulan ini buat semua pengunjung!

Bingkisan Istimewa Hari Krismas

Hello shoppers! Info menarik buat semua, bagi setiap pembelian RM150 ke atas dari mana-mana stor di Plaza Shah Alam, anda berpeluang membawa pulanghadiah istimewa “Xmas Triangle” (Pembelian RM150 Ke atas) dan “Snow Globe” (Pembelian RM200 Ke atas) bermula 6 Disember 2018 sehingga 1 Januari 2019 sementara stok masih ada.Berikut adalah terma & syarat-syarat tertakluk.1. Tebus di kaunter informasi yang terletak di ground floor.2. Perbelanjaan minimum RM150 berpeluang menebus "Xmas Triangle" dan perbelanjaan RM250 ke atas berpeluang menebus "Snow Globe" 3. Pembelian hendaklah dalam satu / dua resit daripada mana-mana stor di Plaza Shah Alam.4. Resit bertarikh sama sahaja akan diterima dan hanya satu tebusan sahaja bagi setiap pelanggan.5. Tawaran bermula 6 Disember 2018 sehingga 1 Januari 2019.6. Tawaran terhad sementara stok masih ada.7. Dengan menyertai tawaran penebusan ini, pelanggan hendaklah bersetuju dengan semua terma & syarat yang ditetapkan pihak Plaza Shah Alam.

Say hello to our recycle bin!

Say hello to our recycle bin!Kini anda boleh dermakan pakaian, fabrik, kasut, produk linen dan lain-lain. Terus ke area loading bay bersebelahan Pelita Nasi Kandar untuk anda sumbangkan barang terapakai yang masih elok untuk didermakan sekarang!