LATEST NEWS

Kehangatan “Pencarian Wanita Melayu 2017” Bermula!

Program pencarian Ikon Wanita Melayu yang dianjurkan Plaza Shah Alam kini masuk tahun keempat penganjurannya. Program yang diberi nama Pencarian Wanita Melayu bermula pada tahun 2014 dengan mengangkat beberapa nama Ashira Kaseh, Ayu Haris dan Hazwani Zaini sebagai pemenang utama.Tahun ini Pencarian Wanita Melayu kembali lagi dalam skala yang lebih besar dan pastinya meriah. Peserta-peserta yang menghantar borang secara online disaring terlebih awal dahulu dan hanya yang memiliki kriteria yang ditetapkan sahaja akan di panggil untuk sesi uji bakat.Hampir seribu penyertaan online telah diterima tahun ini sebelum disenarai pendek bagi dua sesi uji bakat yang berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur dan Plaza Shah Alam. Tiga juri utama iaitu Puan Azura Mokhtar (Pengurus Kanan Plaza Shah Alam), Puan Hana Elweena (Pemilik Cirgaro Apparel) dan juga wakil daripada Kompleks Kraf Kuala Lumpur.Penaja Utama #PWM2107Habib Jewels menjadi antara penaja utama acara #PWM2017 kali ini akan menaja seutas rantai emas dan loket bernilai RM5,000 sebagai hadiah utama, RM3,000 untuk pemenang kedua dan pemenang tempat ketiga pula bakal pulang dengan seutas rantai emas dan loket bernilai RM2,000.Selain Habib Jewels, rangkaian jam mewah pada harga mampu milik - Ice Watch turut akan memberikan hadiah utama kepada 3 pemenang. Tempat pertama bakal membawa pulang jan ICE Crystal dan ICE Chic bernilai RM2,128 manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing akan pulang dengan seutas jam tangan ICE Crystal bernilai RM1,529. Bagi finalis lain pula mereka tetap akan membawa pulang jam tangan ICE Madame bernilai RM699.Terima kasih kami juga buat TEG Vacations yang akan menaja pakej percutian ke Vietnam, Bali / Bandung dan Pulau Langkawi selama 3 hari 2 malam untuk dua orang. Kraftangan Malaysia pula akan menyediakan persalinan untuk 30 peserta separuh akhir dan 10 peserta untuk majlis final Pencarian Wanita Melayu 2017.Acara Pelancaran Rasmi #PWM2017Berlangsung cukup meriah di Plaza Shah Alam dengan kehadiran pihak media, wakil penaja dan tetamu VIP - Majlis pelancaran rasmi Pencarian Wanita Melayu 2017 turut dihadiri pengacara terkenal Yasmin Hani yang akan menjadi pengacara rasmi PWM 2017 kali ini bagi peringkat separuh akhir dan akhir.Uji bakat pertama diadakan pada tarikh 9 April di Kompleks Kraf Kuala Lumpur dan diikuti Plaza Shah Alam pada 16 April. Peringkat separuh akhir akan diadakan pada 29 April 2017 diikuti peringkat akhir pada 6 Mei 2017 yang bakal berlangsung di Plaza Shah Alam.

Jom Subway, Plaza Shah Alam Level GF! RM8.50

Ngam! Tengah-tengah bulan ni, nak makan sedap n murah kan. Jom Subway, Plaza Shah Alam Level GF! RM8.50 je...#subway #lunch #plazashahalam

Dapatkan Rangkaian Rejim Penjagaan Diri di Watson

Pagi semua! We hope yesterday treat you well. Jom start hari baru dengan lebih positif!Dapatkan rangkaian rejim penjagaan diri di Watsons, tingkat 2 Plaza Shah Alam! 

Terima kasih Harian Metro!Pencarian Wanita Melayu 2017

Terima kasih Harian Metro!Bagi yang nak info lanjut tentang Pencarian Wanita Melayu 2017, jom dapatkan naskhah Harian Metro hari ini.

Have Great Coffee in Plaza Shah Alam

Sometimes all we need to start a day is Coffee! Since have have great coffee in Plaza Shah Alam, we give you this best options, Pick one and have a great day!Starbucks (Level GF)Krispy Kreme (Level GF)Cafe Bellagio (Level GF)