Kemeriahan Pesta Haiwan Peliharaan Plaza Shah Alam

Posted On: 26 September 2017

Buat julung kalinya Plaza Shah Alam dengan kerjasama Kelab Kucing Malaysia menganjurkan sebuah karnival haiwan peliharaan yang mendapat sambutan luar biasa semua pengunjung. Berlangsung selama dua hari pada 16 dan 17 September yang lalu dengan cukup meriah.

Pelbagai jenis haiwan peliharaan dikumpulkan seperti kucing, burung, arnab, ikan dan haiwan eksotik ular yang turut diadakan di aras bawah dan aras satu Plaza Shah Alam. Pelbagai aktiviti disusun seperti pertunjukan fesyen, petting zoo, pertandingan face painting dan demonstrasi daripada pemilik-pemilik haiwan peliharaan yang dikumpulkan.

Bagi yang terlepas acara menarik ini, jom sama-sama kita lihat apa yang berlaku sepanjang penganjuran Pesta Haiwan Peliharaan Plaza Shah Ala mini berlangsung. Terima kasih kami ucapkan bagi semua yang hadir dan terima kasih kami juga buat Kelab Kucing Malaysia kerana sama-sama menjayakan acara ini.