KEMERIAHAN ADIWIRA MERDEKA PLAZA SHAH ALAM

Posted On: 29 August 2017

Berlangsung dengan cukup meriah bermula 16 Ogos lalu, buat julung kalinya Plaza Shah Alam memperkenalkan program ADIWIRA MERDEKA. Memeriahkan acara ini satu pameran figura adiwira diadakan di ruang legar Plaza Shah Alam dengan menampilkan figura popular seperti Ironhide, Bumblebee, Cat Woman, Teenage Mutant dan banyak lagi yang dibawakan dan dipasang khusus untuk pengunjung Plaza Shah Alam.

Memeriahkan lagi acara kali ini, pihak Plaza Shah Alam turut menganjurkan pertandingan mewarna, pakaian beragam serta kemunculan istimewa dua figura aksi pada hujung minggu. Figura aksi ini meluangkan masa bersama pengunjung yang hadir untuk bergambar dan bermesra dengan semua. Jangan lupa kongsikan pandangan anda tentang aktivi yang kami jalankan ini ok! 

Bagi yang terlepas peluang, jom lihat gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang acara ADIWIRA MERDEKA Plaza Shah Alam ini berlangsung!