Promosi Menarik Bulan Julai di Plaza Shah Alam!

Posted On: 06 July 2017

Pasca sambutan hari raya yang masih lagi berlangsung sehingga penghujung bulan ini, pelbagai promosi menarik dilakukan bagi meneruskan keterujaan semua pengunjung Plaza Shah Alam. Jom kita lihat senarai promosi hebat berlangsung sepanjang bulan ini.

Krispy Kreme 

Bersempena ulang tahun ke-80 donut paling popular sedunia, Krispy Kreme menawarkan promosi hebat belian sedozen donut Glaze serendah 80 sen dengan setiap pembelian mana-mana sedozen donut yang lain. Promosi sah pada tarikh 14 Julai 2017 sahaja.

Baskin Robbins

Meneruskan keterujaan dalam hidangan manisan ais krim, Baskin Robbins memperkenalkan  perisa baru Nutty Salted Caramel. Cuba sekarang di Baskin Robbins Plaza Shah Alam yang terletak di ground floor.

Juice Works

Eat more green be more clean! Juice Works datang dengan menu baru Green Dinosaurs! Bahan-bahan terpilih dalam jus ini adalah bayam, chia seed, laici, jus tropikal, asi krim vanilla dan sorbet. Agak-agak macam mana rasanya ya? Jom cuba! Juice Works terletak di ground floor Plaza Shah Alam.

Ice-Watch

Jualan murah Ice-Watch berterusan bersempena musim panas ini. Kunjungi butik Ice-Watch di Plaza Shah Alam bagi melihat sendiri promosi hangat sehingga 70% yang pastinya membuat anda teruja untuk memilikinya!  Promosi berlangsung sehingga 31 Julai ini.

Watsons

Nikmati diskaun 10 peratus untuk setiap botol Arome by Watsons (losen atau gel mandian) pada harga serendah RM18.55 sehingga RM20.17 bagi setiap ahli Watsons. Kunjungi Watsons Plaza Shah Alam di tingkat 1.

Starbucks

Bagi penggemar pisang dan frap! Starbucks Malaysia memperkenalkan satu lagi menu baru iaitu  Banana Mocha Split Frappuccino. Menambah keunikan menu baru ini, Frap ini ditambah dengan strawberry whip cream! Nak tau sedap ke tak, kenalah cuba sekarang! Lokasi, ground floor Plaza Shah Alam.