Plaza Shah Alam Membawakan #SouqaRaya Bersempena Sambutan Ramadan dan Syawal 2019.

Posted On: 07 May 2019

Seperti tahun sebelumnya, Plaza Shah Alam sekali lagi membawakan pengalaman berbeza dalam meraikan sambutan Ramadan dan Syawal tahun ini. Dengan mengambil ilham dekorasi Marrakech serba putih mengisi ruang utama pentas yang terletak di aras bawah.

Pelbagai aktiviti menarik telah disusun sepanjang lebih sebulan promosi berlangsung yang bermula 29 April lalu sehingga 4 Jun 2019 nanti.

Antara aktiviti yang dinantikan tentu saja persembahan artis seperti Andi Bernadee, Sarah Suhairi, Aisyah, Noryn Aziz, Alyah, Shiha Zikir, Imran Ajmain, Dato’ Fazley dan The Mirza.

Selain persembahan artis terkenal, aktiviti untuk pengunjung turut diadakan seperti pertandingan mewarna kanak-kanak, Persembahan ghazal Anjung Tradisi, program membuat kek dan gubahan bunga.

Pengunjung yang berbelanja juga akan diberi saguhati istimewa seperti Arabic Bakhoor Oud (Pembelian RM1000 ke atas), Set balang istimewa (Pebelian RM250 ke atas) dan Sampul raya eksklusif Plaza Shah Alam.



Selain itu turut akan diadakan adalah pertandingan istimewa yang bakal memberikan hadiah istimewa buat semua pengunjung yang akan diumumkan dari semasa ke semasa.