10 FINALIS DIPILIH KE PERINGKAT AKHIR “PENCARIAN WANITA MELAYU – PLAZA SHAH ALAM 2019”

Posted On: 15 April 2019

Shah Alam, 12 Mac 2019 – Pentas utama Plaza Shah Alam Sabtu lalu menyaksikan persaingan sengit 30 peserta separuh akhir Pencarian Wanita Melayu 2019 yang bertanding untuk melayakkan diri ke peringkat akhir PWM 2019.

Sebanyak 30 peserta disaring awal daripada 500 penyertaan uji bakat yang berlangsung di dua lokasi iaitu Plaza Shah Alam dan Kompleks Kraf Kuala Lumpur bermula Mac lalu. Kesemua peserta yang terpilih di peringkat separuh akhir dinilai daripada aspek Keterampilan, IQ, Skil Komunikasi dan Catwalk.

Berada di barisan juri adalah Puan Azura (Pengurus Kanan Plaza Shah Alam), Encik Faizal Hamid (Pensyarah Fesyen UiTM) dan Puan Farrah Dayana (Ketua Projek PWM 2019). Majlis yang berlangsung diacarakan oleh Fahrin Ahmad dengan penampilan khas persembahan Syafeek Ikhwan. 

10 Peserta yang terpilih ialah Aini Sophie (19), Anissa Iman (22), Fatin Nabilah (21), Farzana (22), Natasha Azman (24), Nazirah (24), Nurul Aina (21), Nur Jannah Adibah (29), Noor Alya (20) dan Zakiah Khairul (22)

ACARA KEMUNCAK 20 APRIL 2019

Kesemua peserta yang terpilih ke peringkat akhir akan terlibat dalam beberapa sesi khusus yang disusun sebagai persiapan ke peringkat akhir. Antaranya kelas solekan, grooming dan etika, cabaran fizikal bersama Anytime Fitness serta styling challenge bersama MC Vogue dan Xixili. 

Melengkapkan kesemua aktiviti menuju ke peringkat akhir, kesemua finalis akan turut menghadiri satu sesi khas bersama penaja utama Pencarian Wanita Melayu 2019 iaitu Habib Jewels dan Ice-Watch yang akan turut menjadi sebahagian daripada agenda utama.

Kesemua aktiviti yang disusun akan diambil markah daripada setiap cabaran yang disediakan melengkapkan markah di peringkat akhir yang akan diadili oleh Encik Faizal Hamid (Pensyarah Fesyen UiTM), Puan Rosie Haslinda Nasir (Editor Majalah InTrend), Puan Azura Mokhtar (Pengurus Kanan Plaza Sha Alam) dan Asyraf Dasley (Model)

Penganjur: Plaza Shah Alam
Penaja Utama: Habib Jewels & Ice-Watch
Penaja bersama: Xixili, Anytime Fitness, Smart Travelo, Brillando, Rasagarwood & Ashira Kaseh. 
Koordinator: Yann Rifft

TENTANG PENCARIAN WANITA MELAYU – PLAZA SHAH ALAM

Mula dianjurkan pada tahun 2014, Pencarian Wanita Melayu dianjurkan Plaza Shah Alam diwujudkan bagi mencari gadis Melayu yang masih mengamalkan gaya hidup Melayu dalam dunia serba moden hari ini. Peserta yang diangkat sebagai pemenang utama akan diberikan gelaran Ikon Wanita yang melengkapi ciri-ciri seperti personaliti menarik, beretika dan memiliki pemikiran yang seiring dengan kemajuan dunia moden hari ini. Sepanjang penganjuran acara ini, lima Ikon Wanita telah diangkat iaitu Ashira Kaseh, Ayu Harris, Hazwani Zaini, Nurul Ain Nasiron dan Amy Nur Tinie.


TENTANG PLAZA SHAH ALAM

Plaza Shah Alam berlokasi di tengah kesibukan bandar raya Shah Alam yang terletak di Seksyen 9. Lebih sepuluh tahun memberikan keterujaan serta pengalaman beli-belah buat kejiranan Shah Alam, Plaza Shah Alam hari ini sinonim sebagai sebuah hub sehenti yang menawarkan keperluan gaya hidup seharian.

Tawaran gaya hidup tidak hanya terikat pada idea seperti F&B, Fesyen dan Kecantikan. Kami juga menjadi pusat tumpuan servis dengan adanya badan kerajaan yang berpusat di sini seperti Jabatan Pendaftaran Negara, FAMA, Firma Guaman dan lain-lain.

Sehingga hari ini kami menawarkan segala bentuk pengalaman beli-belah untuk semua pengunjung daripada kelas pertengahan ke atas. Plaza Shah Alam dimiliki syarikat Evergreen Venues Sdn. Bhd.