LATEST NEWS

Kemeriahan Pet Show Bersama Kelab Kucing Malaysia

Berlangsung cukup meriah dengan kedatangan cukup ramai pengunjung selama 3 hari, Pet Show & Clear Almari anjuran bersama Kelab Kucing Malaysia. Antara kempen yang dilaksanakan menerusi program kali ini adalah Pemvaksinan kucing, Cats adoption, jualan barangan serta makanan kucing serta pameran haiwan eksotik.Selama tiga hari berlangsung, lebih dua ribu pengunjung hadir memeriahkan acara yang dinantikan iaitu Cats Fancy Dress dan juga Petting Zoo haiwan seperti arnab yang membolehkan pengunjung turut sama bermain bersama mereka.Acara ini turut dianjurkan bersamam Power Cat Malaysia, World Of Exotics (M) Sdn Bhd, G2G juga badan berkanun lain yang terlibat. Jumpa lagi di acara berikutnya tahun hadapan. 

BK Mini Fest 2023

Pada 19-20 Ogos yang lalu, telah berlangsung BK Mini Fest 2023 di Plaza Shah Alam yang dijayakan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan disokong oleh Karihome bagi acara dua hari ini.Pada 19-20 Ogos yang lalu, telah berlangsung BK Mini Fest 2023 di Plaza Shah Alam yang dijayakan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan disokong oleh Karihome bagi acara dua hari ini.Tahun ini merupakan kali kedua BK Mini Fest dianjurkan. Kemeriahan dapat disaksikan sepanjang BK Mini Fest 2023 di mana acara ini telah menghimpunkan lebih 2000 orang kanak-kanak!Himpunan Unit Beruniform Mega X PTPTNBagi memulakan BK Mini Fest 2023, acara pertama yang diadakan adalah Himpunan Unit Beruniform Mega X PTPTN yang melibatkan lima buah sekolah sekitar Shah Alam menghantar wakil untuk perbarisan serta pertandingan Haka. Setiap sekolah melibatkan 50 orang murid yang mewakili badan beruniform pilihan mereka.Badan beruniform yang terlibat adalah Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) dari SK Bandar Anggerik, Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) dari SK Bandar Anggerik, Pandu Puteri Tunas dari SK Padang Jawa, Pengakap dari SK Seksyen 19 serta Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dari SK Seksyen 9.Perbarisan mereka telah diiringi oleh pancaragam SMK Kepong dan kesemua peserta telah memaparkan semangat juang dengan formasi kawad kaki menarik serta gimik tersendiri untuk memikat hati juri. Selesai pertandingan kawad kaki, kesemua pasukan diminta untuk menghantar 10 orang wakil mewakili badan beruniform mereka untuk mempersembahkan Hakka. Ternyata kesemua peserta sangat bersemangat dan bersungguh-sungguh bagi merebut gelaran juara untuk pertandingan ini.Tahniah buat badan beruniform BSMM dari SK Seksyen 9 yang telah menjuarai pertandingan perbarisan serta TKRS dari SK Bandar Anggerik yang berjaya merangkul kemenangan bagi kategori Hakka.

Pertandingan Mewarna Plaza Shah Alam x Kluang Rail Coffee

Plaza Shah Alam bersama Kluang Rail Coffee akan menganjurkan Pertandingan Mewarna buat semua kanak-kanak berusia 5 sehingga 12 Tahun. Acara akan berlangsung pada 22 Julai 2023 (Sabtu)  jam 11 Pagi di aras Ground Floor Plaza Shah Alam. Berikut syarat-syarat dan kategori yang telah ditetapkan:http://www.plazashahalam.com/contests/coloring-contest-plaza-shah-alam-x-kluang-rail-coffee

Summer Sunnies

Adding a little shade to your day with this stylish idea from our tenants.Focus Point (LOT G 6A)Time Zone (LOT G 21)M.O.G Eyewear (LOT G 22)#sunnies#style#shopping#shahalam#summervibesA dark grey acetate structure defines these rectangular- frame sunglasses, resulting in a modern final design. A cut-out Interlocking G logo enriches the temples. Model code: GG1325S 003"Experience the epitome of sleek sophistication with our latest collaboration: KOMONO x BSTN The Glacier sunglasses.  Elevate your style and protect your eyes in ultimate fashion for just RM899. Limited availability, so don't miss your chance to own  it!A classic and authentic aviator silhouette that’ll keep you looking good as you fly across the sky. Designed with a vintage aesthetic and engineered for optimal comfort, it features metal frame and coating protection

Belai Diri

Hello Ladies! As the weekend approaches, book your slot at our selected spa and salon to pamper yourself after the long week!shahirahwellnesscentre Lepaque Cut Hair Studio @muradskincaremy @lamoda_hair_studio_est_2012 #weekend #spa #salon #shahalam

Raikan Hari Bapa

Istimewa Hari Bapa! Raikan hari bapa bersama Plaza Shah Alam dengan rakam dan muat naik visual menarik berserta cerita menarik momen bersama bapa anda dan kongsikan bersama kami. Cara-caranya:1. Rakam momen dalam bentuk gambar atau video bersama bapa tersayang dan muat naik di akaun Instagram anda.2. Nyatakan di ruangan caption kenangan terindah bersama bapa anda.3. Follow & Tag akaun Instagram Plaza Shah Alam dengan hashtag #PlazaShahAlam #IstimewaHariBapa4. Pertandingan di Instagram bermula 8 Jun sehingga 16 Jun 20235. Pemenang akan dipilih berdasarkan kreativiti visual juga penceritaan yang paling menarik.6. Dua (2) Pemenang utama akan memenangi jam tangan istimewa Casio Edifice sumbangan Plaza Shah Alam.#haribapa #fathersday #istimewaharibapa #momenharibapa #shahalam

Father's Day Special

Mencari ilham hadiah hari bapa yang bakal diraikan esok? Swipe the slides for some ideas!  #fathersday #haribapa #shahalam

Promosi Mei 2023

Semak promosi berterusan sepanjang bulan ini di Plaza Shah Alam daripada Outlet by Sorella, Young Hearts, Ice-Watch, Time Zone dan Taco Bell.

Sambutan "Anjung Syawal" Plaza Shah Alam

SHAH ALAM - Tanpa sedar masa berlalu Ramadan kembali lagi untuk disambut seluruh umat Islam sebagai bulan penghayatan yang pastinya akan menguji kesabaran dan ketaqwaan sebelum bersambut kemeriahan Syawal yang pastinya diraikan dengan penuh kegembiraan dan kasih sayang.Plaza Shah Alam tahun ini sekali lagi mahu meraikan sambutan kedua-dua bulan mulia ini bersama semua pengunjung dengan pelbagai aktiviti menarik yang telah disusun lebih daripada 30 hari. Seperti biasa aktiviti jualan sambutan Ramadan dan Syawal daripada peniaga terpilih akan memenuhi booth promosi yang disediakan di setiap sudut di Plaza Shah Alam.Antara yang terlibat dalam promosi kali ini adalah jualan baju raya daripada Ghadeez, Belacu, Firasat, Ana Collection juga pelbagai pilihan kuih raya daripada Ema Cookies and Butter & Sugar. Selain daripada itu peniaga sedia ada di Plaza Shah Alam turut sama memeriahkan acara jualan. MC Vogue, Giordano, Cirgaro, Bob Rock, D'Qapas, Innai Lestari dan banyak lagi menawarkan rangaikan baju raya yang pastinya akan menerikan sambutan syawal pengunjung.Selain daripada aktiviti jualan, pastinya hujung minggu di Plaza Shah Alam akan diserikan dengan aktiviti menarik bagi memberi lebih keterujaan pengunjung. Datuk Jaafar Onn akan melakukan aktiviti demo masakan eksklusif juadah berbuka puasa dan hidangan di pagi raya yang akan turut diserikan dengan persembahan artis legenda seperti Rohana Jalil, Datuk Yusni Hamid, Haziq Rosebi, Haiza, Salwa Abd Rahman dan Nursyila Amin.Promosi berlangsung bermula 17 Mac sehingga 21 April 2023.