Nostalgia - Kasih Bertaut di Aidilfitri

Posted On: 18 May 2018

NOSTALGIA RAYA DI PLAZA SHAH ALAM

Shah Alam – Meneruskan tradisi promosi bersempena sambutan bulan Ramadan dan Syawal tahun, Plaza Shah Alam mengembalikan “Nostalgia” rumah lama buat semua pengunjung. Dengan tagline “Kasih Bertaut di Aidilfitri” – Plaza Shah Alam membawa pendekatan untuk mengembalikan memori sambutan Ramadan dan Syawal dalam suasana penuh harmoni.

Konsep rumah bonda yang menjadi idea utama dekorasi tahun ini mengambil ilham indah persiapan hari raya keluarga di sekitar era 80-an. Pentas utama mengambil ilham dapur rumah Melayu dengan hiasan lengkap meja makan, sudut dapur serta ruang tamu. Signifikan kepada ruang berkumpul keluarga ketika pulang berhari raya di kampung halaman.

Pelbagai aktiviti imenarik telah disusun sepanjang tempoh promosi 10 Mei sehingga 14 Jun 2018 dengan jumlah booth promosi melebiha 30 kesemuanya merangkumi rangkaian pakaian sambutan hari raya, kuih muih dan juadah berbuka puasa yang disediakan jualannya oleh pihak FAMA.

Antara jenama yang terlibat dalam promosi kali ini adalah House of Blose by Najmar, Hijup, Cirgaro Apparel, Butik D’Qapas, Bahari Asyek, Parca Apparel, Astana Carpet, MC Vogue dan banyak lagi. 

Persembahan istimewa artis turut diadakan selepas waktu berbuka puasa. Bermula 26 Mei (Sabtu) acara menghiburkan pengunjung akan diteruskan sepanjang hujung minggu promosi ini berlangsung. Antara artis yang terlibat Datuk Nash, Ernie Zakri, Floor 88, Arif Bahran, Aman Aziz, Aswad Motawh & Naim Daniel.

Terdapat juga aktiviti lain seperti pertunjukan fesyen House of Blouse by Najmar dan pertunjukan fesyen khas pelajar MSU yang turut ada dalam rencana aktiviti tahun ini selain pemberian bubur lambuk percuma hujung minggu. Apa yang lebih istimewa, pengunjung turut akan dapat menyaksikan demo masakan khas daripada pemenang Pencarian Wanita Melayu 2018, Amy Nurtinie. Berikut jadual penuh yang disusun sepanjang promosi Nostalgia Raya Plaza Shah Alam.


26 Mei 2018 (Sabtu)

3 PM – Pertunjukan Fesyen oleh “House of Blouse by Najmar”

9 PM – Persembahan Datuk Nash


27 Mei 2018 (Ahad) 

11 AM – Pertunjukan Fesyen MSU

2 PM – Pertandingan Mewarna Syawal

5 PM – Pemberian Bubur Lambuk Percuma

8.45 PM – Persembahan Ernie Zakri


31 Mei 2018 (Khamis)

6 PM – Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim / Asnaf Madrasah Ulumulquran Walahadith bersama Achey.


2 Jun 2018 (Sabtu)

3 PM – Program Memasak 

4 PM – Persembahan Ghazal Anjung Tradisi 

4.30 PM – Pemberian Bubur Lambuk Percuma bersama Kelab Kucing Malaysia (KKM)

8.45 PM – Persembahan Lah Ahmad 


3 Jun 2018 (Ahad)

2 PM – Pertandingan “Adikku Cantik”

4 PM – Persembahan Ghazal Anjung Tradisi 

4.30 PM – Pemberian Bubur Lambuk Percuma 

9 PM – Persembahan Floor 88


9 Jun 2018 (Sabtu)

2 PM – Resepi Bonda Bersama Ikon Wanita Melayu 2018, Tinie Aziz 

4 PM – Persembahan Ghazal Anjung Tradisi

9 PM – Persembahan Arif Bahran & Aman Aziz


10 Jun 2018 (Ahad)

2 PM – Suara Raya Karaoke

5 PM – Pemberian Bubur Lambuk Percuma

8.45 PM – Persembahan Asad Motawh & Naim Daniel