Kehangatan “Pencarian Wanita Melayu 2017” Bermula!

Posted On: 27 April 2017

Program pencarian Ikon Wanita Melayu yang dianjurkan Plaza Shah Alam kini masuk tahun keempat penganjurannya. Program yang diberi nama Pencarian Wanita Melayu bermula pada tahun 2014 dengan mengangkat beberapa nama Ashira Kaseh, Ayu Haris dan Hazwani Zaini sebagai pemenang utama.
Tahun ini Pencarian Wanita Melayu kembali lagi dalam skala yang lebih besar dan pastinya meriah. Peserta-peserta yang menghantar borang secara online disaring terlebih awal dahulu dan hanya yang memiliki kriteria yang ditetapkan sahaja akan di panggil untuk sesi uji bakat.
Hampir seribu penyertaan online telah diterima tahun ini sebelum disenarai pendek bagi dua sesi uji bakat yang berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur dan Plaza Shah Alam. Tiga juri utama iaitu Puan Azura Mokhtar (Pengurus Kanan Plaza Shah Alam), Puan Hana Elweena (Pemilik Cirgaro Apparel) dan juga wakil daripada Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

Penaja Utama #PWM2107

Habib Jewels menjadi antara penaja utama acara #PWM2017 kali ini akan menaja seutas rantai emas dan loket bernilai RM5,000 sebagai hadiah utama, RM3,000 untuk pemenang kedua dan pemenang tempat ketiga pula bakal pulang dengan seutas rantai emas dan loket bernilai RM2,000.
Selain Habib Jewels, rangkaian jam mewah pada harga mampu milik - Ice Watch turut akan memberikan hadiah utama kepada 3 pemenang. Tempat pertama bakal membawa pulang jan ICE Crystal dan ICE Chic bernilai RM2,128 manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing akan pulang dengan seutas jam tangan ICE Crystal bernilai RM1,529. Bagi finalis lain pula mereka tetap akan membawa pulang jam tangan ICE Madame bernilai RM699.
Terima kasih kami juga buat TEG Vacations yang akan menaja pakej percutian ke Vietnam, Bali / Bandung dan Pulau Langkawi selama 3 hari 2 malam untuk dua orang. Kraftangan Malaysia pula akan menyediakan persalinan untuk 30 peserta separuh akhir dan 10 peserta untuk majlis final Pencarian Wanita Melayu 2017.