LATEST NEWS

Kemeriahan Pets Carnival Plaza Shah Alam

Berlangsung selama dua hari hujung minggu 19 & 20 September lalu, Pets Carnival di Plaza Shah Alam menawarkan pelbagai aktiviti menarik buat semua pengunjung seperti cat adoption, charity sale, book donation, batik painting, sand art dan lain.Berlangsung selama 8 jam tanpa putus pengunjung mendapatkan kucing peliharaan baru mereka. Hasil daripada aktiviti cats adoption ini sebanyak 40 ekor kucing jalanan yang sudah di grooming dan diberi kesembuhan daripada penyakit sebelum ini menemukan pemilik baru mereka.Jom kita tengok sebahagian gambar daripada kemeriahan acara yang berlangsung anjuran Kelab Kucing Malaysia ini. Terima kasih daripada pihak Plaza Shah Alam buat penganjur, wakil rumah-rumah kebajikan kucing juga semua pengunjung yang hadir. 

Sekitar Pertandingan Pakaian Beragam Frontliner"

Berlangsung dengan cukup meriah dan penuh warna-warni, adik-adik yang hadir menyertaik Pertandingan Pakaian Beragam Frontliner datang dengan pakaian menarik perhatian. Antaranya sebagai Askar, Doktor, Polis dan ada juga pemandu Food Panda.Menerima lebih daripada 20 Penyertaan, pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori: A – 3-6Tahun dan Kategori B –7-11Tahun.Jom kita tengok aksi-aksi menarik peserta yang menyertai pertandingan "Pakaian Beragam Frontliner" Plaza Shah Alam yang berlangsung pada 6 September yang lalu. 

Kelolaan Pembersihan di Plaza Shah Alam.

Berhubung isu virus Covid-19 yang semakin menular, Plaza Shah Alam memandang serius akan hal ini dengan memastikan kerja-kerja pembersihan dilakukan sekerap mungkin.Bagi mengekalkan kebersihan berterusan, setiap area tumpuan dibersihakan setiap 1 Jam oleh staff yang terlatih. Antara common area yang dilaksanakan pembersihan adalah kaunter informasi, eskalator dan lif.Selain itu, kami turut memastikan setiap kawasan menunggu dan mesin parkir autopay turut dibersihkan.#PSAcare #shahalam #INFO

#PSACARE

Bagi mengekalkan kebersihan berterusan, setiap area tumpuan dibersihakan setiap 1 Jam oleh staff yang terlatih. Antara common area yang dilaksanakan pembersihan adalah kaunter informasi, eskalator dan lif. Selain itu, kami turut memastikan setiap kawasan menunggu dan mesin parkir autopay turut dibersihkan. Ikuti tips berguna di bawah:1. Sentiasa membasuh tangan setiap kali selapas melakukan aktiviti fizikal.2. Gunakan penutup mulut dan muka (Mask)  sekiranya anda tidak sihat.3. Bersin / Batuk dengan menutup mulut dan hidung dengan tisu bersih.4. Jika perlu elak daripada melakukan hubungan terus (fizikal) bersama orang luar.#PSAcare #shahalam #INFO

Plaza Shah Alam Mengembalikan Memori "Kampung Sekinchan" Sebagai Inspirasi Dekorasi Sambutan Tahun Baru Cina Tahun Ini

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Plaza Shah Alam menghadirkan ilham dekorasi khusus bersempena Sambutan Tahun Baru Cina bagi musim 2020 dengan mengambil ilham Memori Kampung Sekinchan.Padi dengan cerahan lampu LED menjadi tarikan utama melatari keseluruhan ruang dekorasi. Tahun Tikus kalendar Cina tahun ini cukup kena dengan tema yang diangkat untuk hiasan utama dekorasi pentas utama.Selain dekorasi yang menarik, kalendar sambutan Tahun Baru Cina turut dilengkapkan dengan aktiviti menarik seperti pertandingan mewarna, kraf untuk kanak-kanak, persembahan live band dan aktiviti jualan.11 JANUARY 20192.30 PM - Coloring Contest12 JANUARY 20192.30 PM - Origami Workshop4.30 PM - Acrobatic Lion Dance Performance18 JANUARY 20192.30 PM - Flower Arrangemant Workshop19 JANUARY 20192.30 - Chinese Water Color Workshop4.30 PM - Acrobatic Lion Dance Performance25 JANUARY 20192.30 PM - Kids Handycraft Workshop8.30 PM - Canto Pop Band Live Performance26 JANUARY 20192.30 PM - Kids Handycraft Workshop8.30 PM - Canto Pop Band Live Performance 

PSA NEWS: BRAND NEW STORE!

Hello coffee lover! Coffea Coffee kini beroperasi di Aras 1 Plaza Shah Alam.________#coffee #shahalam #coffeacoffeeBUTIK ELIANTO PLAZA SHAH ALAMPembukaan semula butik Elianto kini berwajah baru dengan pilihan rangkaian produk terpilih.______[PROMO]Plaza Shah Alam Reopening Special! With the purchase of RM88 and above on any of our products, you’re entitled to get a free gift from us. Besides that, there is a special promotion for our loyalty fans too! We’ve got items as low as RM20! While stocks last! Better hurry! *T&C apply.The Chicken Shop Plaza Shah Alam kini berwajah baru dengan ruang duduk yang lebih banyak dan luas. Jom kita ramai-ramai ke TCRS PSA ‬______#thechickenriceshop #new #plazashahalam

Plaza Shah Alam Membawakan #SouqaRaya Bersempena Sambutan Ramadan dan Syawal 2019.

Seperti tahun sebelumnya, Plaza Shah Alam sekali lagi membawakan pengalaman berbeza dalam meraikan sambutan Ramadan dan Syawal tahun ini. Dengan mengambil ilham dekorasi Marrakech serba putih mengisi ruang utama pentas yang terletak di aras bawah.Pelbagai aktiviti menarik telah disusun sepanjang lebih sebulan promosi berlangsung yang bermula 29 April lalu sehingga 4 Jun 2019 nanti.Antara aktiviti yang dinantikan tentu saja persembahan artis seperti Andi Bernadee, Sarah Suhairi, Aisyah, Noryn Aziz, Alyah, Shiha Zikir, Imran Ajmain, Dato’ Fazley dan The Mirza.Selain persembahan artis terkenal, aktiviti untuk pengunjung turut diadakan seperti pertandingan mewarna kanak-kanak, Persembahan ghazal Anjung Tradisi, program membuat kek dan gubahan bunga.Pengunjung yang berbelanja juga akan diberi saguhati istimewa seperti Arabic Bakhoor Oud (Pembelian RM1000 ke atas), Set balang istimewa (Pebelian RM250 ke atas) dan Sampul raya eksklusif Plaza Shah Alam.Selain itu turut akan diadakan adalah pertandingan istimewa yang bakal memberikan hadiah istimewa buat semua pengunjung yang akan diumumkan dari semasa ke semasa.  

“AINI SOPHI” DINOBAT SEBAGAI IKON WANITA MELAYU PWM2019

Gadis kelahiran Melaka, Aini Sophi (19) diangkat sebagai Ikon Wanita Melayu – Pencarian Wanita Melayu Plaza Shah Alam. Kemenangan Aini Sophi meneruskan gemilang takhta Ashira Kasih, Ayu Harris, Nur Hazwani, Ain Nasiron dan Amy Nur Tinie yang merupakan Ikon Wanita Melayu yang pernah diangkat Plaza Shah Alam sepanjang enam tahun penganjuran.Aini Sophi melumpuhkan impian 9 lagi finalis Pencarian Wanita Melayu 2019 untuk bergelar Ikon tahun ini dengan kemenangannya sebagai Ikon Wanita Melayu termuda sepanjang program ini dianjurkan pihak Plaza Shah Alam sejak enam musim.             Merapati markah Aini Sophi adalah Fatin Nabilah (21) yang menggungguli tempat kedua dan Farzana Zainul (22) yang mendapat tempat ketiga. Dua kategori khas yang diberikan oleh penganjur adalah Miss Pesonality yang disandang oleh Nur Jannah Adibah (29) dan Miss Photogenic, Natasha Azman (24). Satu kategori khas oleh penaja, Xixili iaitu Miss Confident Xixili disandang oleh gadis muda, Nurul Aina (22) yang berjaya menarik minat pilhak Xixili dengan keyakinan diri dan perwatakan diri yang bersahaja.Kesemua finalis dinilai dari aspek Komunikasi, Personaliti, IQ, dan Catwalk. Duduk di kerusi juri terdiri daripada 4 panel utama, Puan Azura Mokhtar (Pengurus Kanan Plaza Shah Alam), Encik Faizal Hamid (Pensyarah Fesyen UiTM), Puan Rosie Haslinda Nasir (Ketua Pengarang InTrend Malaysia) dan Asyraf Dasley (Model). Majlis berlangsung di ruang legar Plaza Shah Alam menyaksikan Fahrin Ahmad sebagai pengacara majlis dengan kehadiran lebih 200 tetamu jemputan dan VIP yang terdiri daripada Dato’ Sri Meer Habib dari Habibs Jewels, Mr. Lung Hien Chou (General Manager EvergreenVenues, pemilik Plaza Shah Alam) dan wakil Habib Group, Puan Yasheedah.Penganjur: Plaza Shah AlamPenaja Utama: Habib Jewels & Ice-WatchPenaja bersama: Xixili, Anytime Fitness, Smart Travelo, Brillando, Rasagarwood & Ashira Kaseh. Koordinator: Yann Rifft