Sambutan "Anjung Syawal" Plaza Shah Alam

Posted On: 16 March 2023

SHAH ALAM - Tanpa sedar masa berlalu Ramadan kembali lagi untuk disambut seluruh umat Islam sebagai bulan penghayatan yang pastinya akan menguji kesabaran dan ketaqwaan sebelum bersambut kemeriahan Syawal yang pastinya diraikan dengan penuh kegembiraan dan kasih sayang.

Plaza Shah Alam tahun ini sekali lagi mahu meraikan sambutan kedua-dua bulan mulia ini bersama semua pengunjung dengan pelbagai aktiviti menarik yang telah disusun lebih daripada 30 hari. Seperti biasa aktiviti jualan sambutan Ramadan dan Syawal daripada peniaga terpilih akan memenuhi booth promosi yang disediakan di setiap sudut di Plaza Shah Alam.

Antara yang terlibat dalam promosi kali ini adalah jualan baju raya daripada Ghadeez, Belacu, Firasat, Ana Collection juga pelbagai pilihan kuih raya daripada Ema Cookies and Butter & Sugar. Selain daripada itu peniaga sedia ada di Plaza Shah Alam turut sama memeriahkan acara jualan. MC Vogue, Giordano, Cirgaro, Bob Rock, D'Qapas, Innai Lestari dan banyak lagi menawarkan rangaikan baju raya yang pastinya akan menerikan sambutan syawal pengunjung.

Selain daripada aktiviti jualan, pastinya hujung minggu di Plaza Shah Alam akan diserikan dengan aktiviti menarik bagi memberi lebih keterujaan pengunjung. Datuk Jaafar Onn akan melakukan aktiviti demo masakan eksklusif juadah berbuka puasa dan hidangan di pagi raya yang akan turut diserikan dengan persembahan artis legenda seperti Rohana Jalil, Datuk Yusni Hamid, Haziq Rosebi, Haiza, Salwa Abd Rahman dan Nursyila Amin.

Promosi berlangsung bermula 17 Mac sehingga 21 April 2023.