Kemeriahan Pets Carnival Plaza Shah Alam

Posted On: 23 September 2020

Berlangsung selama dua hari hujung minggu 19 & 20 September lalu, Pets Carnival di Plaza Shah Alam menawarkan pelbagai aktiviti menarik buat semua pengunjung seperti cat adoption, charity sale, book donation, batik painting, sand art dan lain.

Berlangsung selama 8 jam tanpa putus pengunjung mendapatkan kucing peliharaan baru mereka. Hasil daripada aktiviti cats adoption ini sebanyak 40 ekor kucing jalanan yang sudah di grooming dan diberi kesembuhan daripada penyakit sebelum ini menemukan pemilik baru mereka.

Jom kita tengok sebahagian gambar daripada kemeriahan acara yang berlangsung anjuran Kelab Kucing Malaysia ini. Terima kasih daripada pihak Plaza Shah Alam buat penganjur, wakil rumah-rumah kebajikan kucing juga semua pengunjung yang hadir.