Uji Bakat Pencarian Wanita Melayu 2019

Posted On: 21 March 2019

Buat tahun keenam penganjuran PENCARIAN WANITA MELAYU – PLAZA SHAH ALAM (PWM2019) kembali membuka peluang buat semua gadis Melayu di luar sana untuk bergelar Ikon Wanita Melayu 2019. 

Penyertaan secara online kini dibuka bermula 11 Februari 2019 menerusi laman web rasmi www.plazashahalam.com berserta syarat lengkap penyertaan. Peserta dikehendaki mengisi setiap butiran tersedia dan menyertakan gambar terbaik mereka sebagai rujukan pihak penganjur dan kordinator.

Sesi uji bakat pertama akan diadakan pada tarikh 23 & 30 Mac 2019 di Plaza Shah Alam dan bagi membuka lebih peluang satu ujubakat terbuka akan diadakan pada 9 Mac 2019 di Komplek Kraftangan Kuala Lumpur bermula jam 12 Tengah hari.

Bagi sesi uji bakat ini pemarkahan para peserta akan dinilai daripada sudut personaliti, skil komunikasi dan bakat yang untuk ditonjolkan.  Beberapa soalan akan diajukan oleh juri terpilih bagi melihat keupayaan serta kebolehan para peserta dalam menjawab soalan secara spontan dalam masa yang ditetapkan.