Corat-Coret Sesi Uji Bakat Pencarian Wanita Melayu 2017

Posted On: 26 April 2017
Permohonan online yang meningkat dalam skala yang cukup besar tahun ini menjadi bukti program Pencarian Wanita Melayu yang dianjurkan Plaza Shah Alam ini menjadi platform terbaik untuk ramai wanita Melayu diluar sana yang mahu menjadi ikon wanita.
Berlangsung dengan cukup meriah pada hari Ahad lalu bertarikh 16 April di Plaza Shah Alam - sesi kedua uji bakat diadakan dengan membawa 50 peserta terpilih ke pentas uji bakat. Seawal jam 10 pagi peserta yang disaring terlebih awal oleh panel sudah bersiap sedia untuk mendaftar.