PERTANDINGAN MEWARNA TAHUN BARU CINA 2020

Posted On: 07 January 2020

Bagi menyemarakkan lagi aktiviti sambutan Tahun Baru Cina 2020, kami pihak Plaza Shah Alam akan menganjurkan Pertandingan Mewarna Tahun Baru Cina yang akan diadakan pada tarikh 11 JANUARI 2020 bersamaan hari Sabtu jam 2.30 Petang di aras bawah Plaza Shah Alam. Ikuti cara-cara berikut bagi menyertai pertandingan mewarna bersempena Tahun Baru Cina 2020.


Berikut terma & syarat yang ditetapkan.

1. Terbuka pada semua warga Malaysia berusia 5 - 12 tahun

2. Dua (2) kategori utama iaitu Kategori A (5-8 Tahun) dan Kategori B (9-12 Tahun)

3. Hanya terbuka kepada 20 peserta terawal yang mendaftar bagi setiap kategori.

4. Peserta dikehendaki membawa peralatan MEWARNA sendiri. Hanya kertas lukisan sahaja akan disediakan pihak Plaza Shah Alam.

5. Peserta dikehendaki mengisi butiran tersedia di bawah.

6. Masa pertandingan 1 jam 30 minit (Bermula jam 3 Petang)

7. Keputusan dinilai berdasarkan kreativiti.

8. Hadiah hanya akan diumumkan pada hari pertandingan.


The Submission Has Been Closed