Coloring Contest Plaza Shah Alam x Kluang Rail Coffee

Posted On: 12 July 2023

Plaza Shah Alam bersama Kluang Rail Coffee akan menganjurkan Pertandingan Mewarna buat semua kanak-kanak berusia 5 sehingga 12 Tahun. Acara akan berlangsung pada 22 Julai 2023 (Sabtu)  jam 11 Pagi di aras Ground Floor Plaza Shah Alam. Berikut syarat-syarat dan kategori yang telah ditetapkan:

1. Terbuka pada semua warga Malaysia berusia 5 - 12 tahun

2. Dua (2) kategori utama iaitu Kategori A (5-8 Tahun) dan Kategori B (9-12 Tahun)

3. Hanya terbuka kepada 20 peserta terawal yang mendaftar bagi setiap kategori.

4. Peserta dikehendaki membawa peralatan MEWARNA sendiri. Hanya kertas lukisan sahaja akan disediakan pihak Plaza Shah Alam.

5. Peserta dikehendaki mengisi butiran tersedia di bawah.

6. Masa pertandingan 1 jam 30 minit (11.30 Pagi sehingga 1 tgh / Pendaftaran bermula jam 11 Pagi)

7. Keputusan dinilai berdasarkan kreativiti mewarna dan adalah muktamad.


HADIAH

Tempat Pertama: Wang Tunai RM150 daripada Plaza Shah Alam & Hamper juga Baucar bernilai RM200 sumbangan Kluang Rail Coffee

Tempat Kedua: Wang Tunai RM120 daripada Plaza Shah Alam & Hamper juga Baucar bernilai RM150 sumbangan Kluang Rail Coffee

Tempat Ketiga: Wang Tunai RM100 daripada Plaza Shah Alam & Hamper juga Baucar bernilai RM100 sumbangan Kluang Rail Coffee


The Submission Has Been Closed