Borang Penyertaan Pencarian Wanita Melayu 2019 #PWM2019

Posted On: 08 February 2019

KAMI MENCARI “IKON WANITA MELAYU – PENCARIAN WANITA MELAYU 2019” 

Pantas masa berlalu Pencarian Wanita Melayu kini masuk musim ke-6. Kami mencari wakilan wanita Melayu yang masih mengamalkan gaya hidup penuh budaya dalam gelombang modenisasi. Kredibiliti berkomunikasi, sahsiah diri, pengalaman meluas dalam banyak bidang selain berpenampilan menyenangkan antara ciri yang kami cari. 

Kami mengalu-alukan penyertaan anda yang berminat untuk merebut gelaran “IKON WANITA MELAYU” tahun ini. Berikut syarat-syarat yang telah ditetapkan:


1. Tarikh tutup penyertaan 10 MAC 2019

2. Wanita berusia 18 tahun sehingga 30 tahun pada tarikh tutup penyertaan.

3. Ketinggian minima 160 CM tanpa kasut.

4. Yuran Pendaftaran: RM50 harus dilakukan terus selepas pendaftaran dilakukan ke akaun Maybank YannRifft Resources (562188308679) dan sertakan bukti pembayaran dengan whatsapp ke nombor 01111261671 (Yanti Ahmad)


5. Tarikh Ujibakat: 

9 Mac 2019 (Open Casting)

Lokasi: Kompleks Kraftangan Kuala Lumpur

Masa: 12 Tengah hari


23 Mac 2019

Lokasi: Plaza Shah Alam

Masa: 10 Pagi


30 Mac 2019 

Lokasi: Plaza Shah Alam

Masa: 10 Pagi


Terdapat Empat (4) Pusingan Ujibakat akan dilakukan

i. Pengenalan Diri

ii. Sesi catwalk / Peragaan

iii. Sesi soal jawab bersama juri

iv. Persembahan bakat (Talent show)


6. Hanya 30 peserta uji bakat sahaja akan layak ke peringkat Separuh Akhir yang akan berlangsung pada 13 April 2019 pada jam 2 Petang berlokasi di Plaza Shah Alam. 

7. Hanya 10 peserta sahaja akan dipilih ke peringkat Akhir yang akan berlangsung pada 20 April 2019 

8. Evergreen Venues Sdn. Bhd. (Pengurusan Plaza Shah Alam) berhak sepenuhnya untuk menerbitkan / menyiarkan gambar dan nama Pemenang bagi tujuan promosi dan pengiklanan.

9. Evergreen Venues Sdn. Bhd. (Pengurusan Plaza Shah Alam) berhak menggunakan maklumat yang diberi atas tujuan pertandingan dan aktiviti Plaza Shah Alam

10. Evergreen Venues Sdn. Bhd. (Pengurusan Plaza Shah Alam) berhak menukar senarai hadiah jika berlaku sebarang pertukaran akhir.

11. Evergreen Venues Sdn. Bhd. (Pengurusan Plaza Shah Alam) berhak menukar syarat-syarat penyertaan tanpa sebarang notis.

12. Keputusan juri adalah muktamad. Tiada sebarang pindaan boleh dilakukan. Semua surat-menyurat tidak akan dilayan

13. Peserta yang bersetuju menyertai pertandingan ini hendaklah mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan pihak penganjur.

14. Pekerja Evergreen Venues Sdn. Bhd. (Pengurusan Plaza Shah Alam), ahli keluarga dan ejennya tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.

The Submission Has Been Closed