Pertandingan Mewarna Adiwira Merdeka

Posted On: 14 August 2017

Bagi menyemarakkan lagi aktiviti bulan puasa tahun ini, kami pihak Plaza Shah Alam akan menganjurkan Pertandingan Mewarna #AdiwiraMerdeka yang akan diadakan pada tarikh 20 Ogos 2017 bersamaan hari Ahad di aras bawah Plaza Shah Alam. Berikut terma & syarat yang ditetapkan

1. Terbuka pada semua warga Malaysia berusia 5 - 12 tahun

2. Dua (2) kategori utama iaitu Kategori A (5-8 Tahun) dan Kategori B (9-12 Tahun)

3. Hanya terbuka kepada 20 peserta terawal yang mendaftar.

4. Peserta dikehendaki membawa peralatan MEWARNA sendiri. Hanya kertas lukisan sahaja akan disediakan pihak Plaza Shah Alam.

5. Peserta dikehendaki mengisi butiran tersedia di bawah.

6. Masa pertandingan 1 jam 30 minit (2.30 ptg sehingga 4 ptg)

7. Keputusan dinilai berdasarkan kreativiti.


HADIAH

Tempat Pertama bagi Kategori A & B

Wang tunai RM150  beserta trofi


Tempat Kedua Kategori A & B

Wang tunai RM120 beserta trofi


Tempat Ketiga Kategori A & B

Wang tunai RM 100 beserta trofi


Saguhati Kategori A & B (2 pemenang setiap kategori)

Wang tunai RM50 beserta trofi

The Submission Has Been Closed