Pendaftaran Pencarian Wanita Melayu 2022

Posted On: 23 March 2022

*“IKON WANITA MELAYU – PENCARIAN WANITA MELAYU 2022” KEMBALI LAGI!!!!!!!!!!* 


Setelah memasuki era endamik Pencarian Wanita Melayu kini *KEMBALI* untuk musim ke-7. Kami kembali mencari wakil wanita Melayu yang masih mengamalkan gaya hidup penuh budaya dalam gelombang modenisasi. 

Kredibiliti berkomunikasi, sahsiah diri, pengalaman meluas dalam banyak bidang selain berpenampilan menyenangkan antara ciri yang kami cari. 


Kami mengalu-alukan penyertaan anda yang berminat untuk merebut gelaran “IKON WANITA MELAYU” tahun ini. Berikut syarat-syarat yang telah ditetapkan:



1. Follow akaun media sosial @Plazashahalam dan @pencarianwanitamelayu 

di Instagram & Facebook


2.Tarikh tutup penyertaan  15 July 2022


3. Wanita berusia 18 tahun sehingga 26 Tahun pada tarikh tutup penyertaan.


4. Ketinggian minima 158CM tanpa kasut.


5. Yuran Pendaftaran: RM50 harus dilakukan terus selepas pendaftaran dilakukan ke akaun Maybank Yann Rifft Resources (562188308679) dan sertakan bukti pembayaran dengan whatsapp  (Pn Yann)

www.wasap.com.my/60193843944/pwm2022


6. Tarikh Ujibakat: 


23 July 2022

Lokasi: Plaza Shah Alam

Masa: Sesi 1 (10 Pagi - 1 Tgh) / Sesi 2 (2 Ptg - 4 Ptg)


24 July 2022

Lokasi: Plaza Shah Alam

Masa: Sesi 1 (10 Pagi - 1 Tgh) / Sesi 2 (2 Ptg - 4 Ptg)


Terdapat Empat (4) saringan Ujibakat akan dilakukan


i. Pengenalan Diri


ii. Sesi catwalk / Peragaan


iii. Sesi soal jawab bersama juri


iv. Persembahan bakat (Talent show)



7. Hanya 25 peserta uji bakat sahaja akan layak ke peringkat Separuh Akhir yang akan berlangsung pada 6 Ogos 2022 , 2 Petang berlokasi di Plaza Shah Alam. 


8. Hanya 10 peserta sahaja akan dipilih ke peringkat Akhir yang akan berlangsung pada 13 Aug 2022.


9. Evergreen Venues Sdn. Bhd. (Pengurusan Plaza Shah Alam) berhak sepenuhnya untuk menerbitkan / menyiarkan gambar dan nama Pemenang bagi tujuan promosi dan pengiklanan.


10. Evergreen Venues Sdn. Bhd. (Pengurusan Plaza Shah Alam) berhak menggunakan maklumat yang diberi atas tujuan pertandingan dan aktiviti Plaza Shah Alam


11. Evergreen Venues Sdn. Bhd. (Pengurusan Plaza Shah Alam) berhak menukar senarai hadiah jika berlaku sebarang pertukaran akhir.


12. Evergreen Venues Sdn. Bhd. (Pengurusan Plaza Shah Alam) berhak menukar syarat-syarat penyertaan tanpa sebarang notis.


13. Keputusan juri adalah muktamad. Tiada sebarang pindaan boleh dilakukan. Semua surat-menyurat tidak akan dilayan


14. Peserta yang bersetuju menyertai pertandingan ini hendaklah mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan pihak penganjur.


15. Pekerja Evergreen Venues Sdn. Bhd. (Pengurusan Plaza Shah Alam), ahli keluarga dan ejennya tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.

The Submission Has Been Closed